01 March, 2018

3 jam Kau Sesat Dalam Shah Alam

Ha..ha..ha..nak ketawa pun ada, sedih pun ada..tapi kalau korang yang baca ni confirm ar korang ketawa kan. Dalam Shah Alam pun boleh sesat,ha..ha..ha..pengalaman yang tidak akan dilupakan. Apa-apa pun rasa bangga sebab berjaya drive sampai ke sana walaupun sesat barat.  Plannya nak pergi rumah BFF nieyl yang dah dekat 10 tahun tak jumpa, so dia share location whatsapp, so nieyl pun pergi dengan seorang lagi member. Dia memang tak berani nak drive , jadinya dia kena baca waze la sebab nieyl drive. 

Yang lawaknya dari nampak signboard SHAH ALAM, tiba-tiba ke SETIA ALAM..hahaha..masalahnya dekat 3 kali weh lalu tempat yang sama..sepanjang dalam kereta kitaorang berdua asyik tergelak-gelak macam orang gila sebab sesat. Lepas tu dah masuk Shah Alam semula lalu bulatan masjid shah alam tu, waze bawa kitaorang jalan entah mana entah. Last sekali dah give up, minta bantuan suami bff nieyl tu guide melalui fon.Akhirnya sampai depan pintu rumah..

Sebenarnya tersangatlah senang nak pergi rumah bff nieyl tu, disebabkan orang tak pernah drive sendiri so, jalan pun tak tahu...ikut jela mana waze ni bawa..kalau ke hutang, agaknya ke hutan la nieyl pergi..kekeke..tapi dari sesat itu la sekarang nieyl dah tahu jalan shah alam..kekeke...







Bff nieyl ni baru lepas bersalin anak kedua, eh..actually baby inara ni anak yang ke-3 sebab yang first tu twins lelaki. Ala...gambar terlupa nak snap dengan dieorang sebab aunt nieyl terlalu rindukan mummy dieorg. Inilah dia Bff nieyl masa study form 6, everything secret we share, until masa dia berkawan dengan husband dia dulu pun, dia kenalkan dulu dekat nieyl. Alhamdulillah, kini dah anak 3 dah... InsyaÁllah lepas pantang nanti nak keluar lagi dengan twins ngan bby inara. 

p/s: Dalam pada kelakarnya sesat 3 jam tu, kebaikannya tetap ada juga sekurang-kurangnya nieyl belajar jalan shah alam dan membuktikan diri nieyl yg nieyl mampu drive ke shah alam yang sebelum ni rasa gerun nak drive jauh-jauh...

14 comments:

  1. biasalah kalau kali pertama kan, haa dah tau jalan tu bolehlah selalu ke shah alam nanti, ofis akak dekat je dengan bulatan masjid negeri tu tau, meh jumpa akak meh

    ReplyDelete
  2. wave ni pun kadang2 haru biru kan

    ReplyDelete
  3. Kita pun pernah sesat kat shah alam. Tapi lama dah zaman takde waze. Penat gila. Macam2 bualatan masuk. Tips sesat ni minyak kena ada dan TNG pun kena ada duit. Kalau tak habis..

    ReplyDelete
  4. alamak...sesat pulak...siannya sis...cikyan tak suka la kalo terpaksa berlama lama dlm kereta...pening kepala jdnya..hahahha

    ReplyDelete
  5. Selamat lah setia alam tu sebelah je. Kalau sesat sampai ke klang haru juga tu. Shah alam byk simpang kena tau yg mana satu.

    ReplyDelete
  6. Dari sesatla kita akan tahu jln Nieyl. Pernah la jugak lalui situasi seperti Niely. Hehe... sesat2 pun akhirnya boleh jugak sampai... tapi tula ambik masa jugak.

    ReplyDelete
  7. giler lama tu..haha
    xpe..bkn selalu jenjalan + drive lelama gitu kan..heheh
    drip mana tu..

    ReplyDelete
  8. hehehe
    nasib naik kereta
    kalau naik motor sesat 3 jam
    lagi seksa
    haha

    ReplyDelete
  9. Kak shaz pun penah sesat..haha..siap guna google maps lagi..

    Jemput join GA sini

    https://byshaz.blogspot.my/2018/02/giveaway-rm200-untuk-10-tukang-komen.html

    ReplyDelete
  10. Kak Sue yang kerap juga ke Shah Alam pun rasanya akan sesat juga sebab banyak simpang, seksyen kat Shah Alam tu. Seronok kan dapat jumpa kawan yang dah lama kita tak jumpa.. rindu..

    ReplyDelete
  11. comelnye baby.. biasa la shah alam.. roundabout pun byk klu x biasa mmg sesat..

    ReplyDelete
  12. ada kebaikan sesat..

    lain kali kita akan ingat jalan dan lebih berhati-hati

    ReplyDelete
  13. Kihkihkihhhh.. kalau sesat dengan kereta memang agak payah. Nak patah balik punyalah jauh. Jenuh nak hadap jem, tunggu trafik light bagai kan.

    ReplyDelete
  14. Zaman sekarang kalau sesat pun tak akan hilang terus.
    Mesti jumpa jalan keluar.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)