14 March, 2018

Menu Diet : Day 2

Betul kata orang kalau kita nak sesuatu tu kita kena berusaha, rajin dan perlukan pengorbanan. Nieyl sedang merasai semua itu sekarang, sejak-sejak ada kesedaran tentang kesihatan diri, nieyl akan pastikan setiap pagi akan bangun seawal 5.30 pagi, rasanya itu yang paling awal nieyl boleh bangun untuk siapkan bekal untuk breakfast dan lunch.

Hari ini nieyl share menu diet untuk hari kedua. Kalau korang rasa tak ada idea nak makan apa untuk diet,so korang boleh la ikut resepi nieyl yang biasa-biasa sahaja ni. Yang penting semua ni perlukan kerajinan yang jitu tau, tak mo malas-malas.


Untuk breakfast : Egg Rolls

Telur Dadar - Telur + daun sup (potong halus), tanpa minyak
Inti : timun jepun , karot dan hotdog. (hotdog tu nieyl rebus dulu)

*korang boleh letak macam-macam lagi dalam inti tu


Untuk Lunch 

Nasi + chia seed (suku)
Buah Epal
Ayam grill + Hotdog rebus + sayur stim


Untuk Dinner 

Home made patties ayam + Salad + hotdog + Epal

Resepi Patties ayam simple

Daging ayam + sayur + garam + black Paper + tepung gandum (blend)- kemudian buatlah bentuk yang korang suka, lepastu boleh bakar..


Oklah share gambar makanan sebab awal lagi kang ada yang meleleh air liur tengok skrin pc ni kang..hehehe..selamat mencubaa..


6 comments:

  1. wah
    memang menu diet betul nih
    semoga berjaya :)

    ReplyDelete
  2. Hotdog tu tak payah la, Nieyl. Sodium tinggi tu, nanti water retained dalam badan, so nampak macam berat tak turun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okay..tq sharing...
      hari tu campur nak habiskan stok dkt umah tu..ade 2 batang..kekkee...

      Delete
  3. bagus ni kak.

    rajin mmg blh..
    tp mmg betul,
    elakkan process food mcm hotdog tu.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)