20 April, 2021

Tragedi 1 Ramadan

Tragedi 1 Ramadan | Tahun ni genap umur 33 tahun berada diatas bumi Allah yang tercinta ini. Setiap fasa umur kita akan laluinya tanpa sedarkan. Rasa seperti baru sahaja tamat sekolah eh cehwaahh..apo ingat muda lagi..hahaha~ Pada tahun 2021, pada 1 Ramadan tercipta 1 sejarah dalam diari hidup nieyl dimana nieyl dapat sampul duit raya yang pertama. Ala..sampul je pun kan, sekali buka aduhai..ada duit raya lah gais..Alhamdulillah rezeki Allah nak berikan siapa sangka, ingatkan 1 syawal nanti baru nak collect duit raya. TETAPI gais, until now.. nieyl tak tahu siapa yang bagi duit raya tu sebab yang berikan sampul ini adalah orang tengah. Bila tanya siapa bagi, jawapan dia HAMBA ALLAH. Banyak kali tanya pun jawapannya tetap sama.
Seharian jugalah berfikir siapa yang bagi, tapi buntulah sebabnya tak boleh nak agak hamba Allah tu siapa namanya. Tapi kita fikir positif sahaja, mungkin Allah beri rezeki melalui pemberi tu kan.. Apa-apa pun semoga Allah terus murahkan rezeki Hamba Allah tu kerana memberi. Oleh itu, kira duit rayalah kan..hehehe~kita masuk dalam tabung handphone ya hehehe

Oklah kisah yang kedua pada 1 Ramadan, tahun ni kiranya tahun pertama nieyl berpuasa di pejabat/agensi yang baru. Jadi, sememangnya unexpected keadaan jalan nak balik sebegini gais..Sekali pandang, dah seperti Kuala Lumpur. 


Bila jadinya macam ni, mulalah terfikir kenangan bulan puasa di pejabat lama di Putrajaya. Jalan clear je walaupun jam 4.30 petang, clear maksudnya tak sesak jalan nak menuju ke rumah nieyl. Disebabkan tak nak berada dikalangan mereka dalam gambar di atas, nieyl ambil keputusan untuk keluar dr pejabat sebelum 4.30 petang, so kena mai pejabat seawal 7.40 pagi macam tu la, sebab sektor kerajaan diberi pulang awal 30min dari waktu kita sepatutnya balik. Bagus juga kan, kita tak bersesak dengan anak-anak pulang dari sekolah. Jadi, pada isteri , ibu ni sempat untuk balik menyiapkan juadah berbuka untuk keluarga dan ada masa untuk berehat. 

Dua-dua kisah yang nieyl share ni, sememangnya diluar jangkaan nieyl tapi apa-apa pun kita kena sentiasa bersyukur dengan apa yang Allah berikan pada kita dan tentukan dalam hidup kita..♥

 

1 comment:

  1. alhamdulillah..murah rezeki, awal dpt duit raya yer. jam tu..alahai..memang x suka, tapi nka wat cam ne kan..kena la layan je.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)