Ayam Masak Kicap Mudah dan Sedap | Ayam masak kicap sentiasa menjadi pilihan isteri dan ibu yang bekerja sebab cara penyediaannya sangat mudah dan cepat. Sepanjang PKP 2.0 ni nieyl memang banyak masa terluang untuk ke dapur, jadi entry-entry sepanjang PKP 2.0 ni memang banyak nieyl share masakan dan resepi ya yang mungkin orang lain boleh mencubanya.
Untuk kali ini , nieyl nak share resepi yang mudah Ayam Masak Kicap yang tidak perlukan bahan yang banyak tetapi rasa dia sehingga menjilat jari ha..gitewww! tak adalah, masakan ni pada nieyl yang paling mudah dan cepat sesuai untuk anak-anak juga.
Bahan-bahan
- Ayam (digoreng setengah masak terlebih dahulu)
- Ubi kentang (potong wedges dan goreng dahulu)
- Bawang Merah ( kisar)
- Bawang Putih (kisar)
- Kayu manis (option)
- Bunga lawang (option)
- Halia (di ketuk )
- Cili padi
- Sos tiram
- Kicap manis
- Cili kisar (option)
- Air sedikit
Cara-caranya
- Tinggalkan sedikit minyak lebihan ayam dalam kuali
- Tumis bawang merah, bawang putih, halia, kayu manis, bunga lawang dan 1 sudu cili kisar( ini option), kalau tak nak pedas tak perlu letak cili kisar)
- Masukkan sos tiram anggaran 2 sudu besar
- Kemudian masukkan ayam terlebih dahulu dan kemudian baru masukkan kicap secukupnya
- Gaul rata dan masukkan sedikit air untuk dapatkan sedikit kuah
- Last sekali masukkan kentang dan juga cili api (tak perlu ketuk), masukkan sahaja sebiji-sebiji
- Gaul rata sehingga sebati dan tutup api dan boleh hidangkan
Selamat Mencuba!
** Kayu manis, bunga lawang, cili api, cili kisar adalah option..Kalau boleh je tak letak semua ni..Masak kicap tetap sedap juga..cuma nieyl suka letak sebab rasa dia agak berbeza sedikit dari biasa.
nie menu time nak cepat or time x berapa rajin or time x tau nak masak apa.. he he he.. dappp
ReplyDeletenyum2
ReplyDeletememang senang dimasak sedap dimakan. anak2 suka makan ayam.
ReplyDeletesedapnya nampak berselera tu
ReplyDeleteTerliur tengok gambar tu. Yumm
ReplyDelete