07 June, 2021

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2021

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2021 | Kita masih lagi di bulan Syawal kan, masih sempat untuk nieyl ucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin kepada semua followers , kawan-kawan, kakak-kakak, abang-abang yang sentiasa singgah baca dan tinggalkan komen dan tak lupa juga reader yang singgah blog nieyl. 

Orang lain dah berminggu-minggu share gambar raya kan, nieyl hari ini baru nak share dalam blog sebagai kenangan. Itupun nieyl tak boleh nak update gambar banyak-banyak kang ada pula orang salah faham, kata orang dengan sekeping gambar macam-macam tafsiran netizen.



Walaupun tahun ini merupakan tahun kedua kita beraya norma baru dan tidak boleh nak menziarah. Alhamdulillah,suasana hari raya masih lagi nieyl dan suami rasai seperti tahun lepas. Duit raya tetap juga kita tukar untuk diberikan kepada anak-anak buah dan mak ayah. Apa-apa pun marilah sama-sama kita berdoa semoga covid ini berakhir, dan tahun depan kita boleh balik kampung dan beraya bersama keluarga tersayang..Insya'Allah...

3 comments:

  1. selamat hari raya puasa enam Syawal utk Nieyl dan suami...

    ReplyDelete
  2. sekejapan je dah abis syawal dah semalam huhu

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)