27 November, 2025

Malam Santai di Restoran Dapur Thai Cybersouth

 

Malam Santai di Restoran Dapur Thai Cybersouth | Semalam nieyl dan husband keluar makan malam di Restoran Dapur Thai Cybersouth ini salah satu tempat kegemaran nieyl bila teringin makanan Thai yang sedap, pedas, tapi tetap rasa “homey”. Walaupun kawasan Cybersouth ni tak sebesar kawasan lain, tapi vibe makan malam di sini memang tenang dan selesa.

Sama je menu-menu macam restoran thai yang membezakan adalah rasa masakan tu. Nieyl order tak banyak sebab memang dari pejabat lagi tekak teringin nak makan tomyam. Jom tengok apa nieyl order..

Biasalah apa-apa pun air akan sampai dulu. Husband nieyl order laicikang dan nieyl air laici. Nieyl tak minum air laicikang tapi semalam nieyl tengok air laicikang tu terliur hahaha, lagi-lagi biji-biji merah putih kuning tu sedap rasa macam jelly boba. Next time kalau makan sini nak order laicikang hehehe.. Harga laicikang ni RM6.00 dan air laici pun RM6.00.

Nieyl order kuey Teow Tom Yam Campur. Pekat dan pedas. Nieyl suka sebab dia tak kedekut bahan. Kalau tomyam campur dalam dia ada ayam, sotong, udang, lala, kepah hijau. Memang puas hati. Harga RM12.00

Husband nieyl makan nasi goreng biasa cuma kali ni kepedasan dia husband nieyl tak berapa nak tahan kesian dia. Dia makan banyak cuma tak habis tinggal 1 sudu macam tu. Dia tak tahan dah. Untuk nieyl ok je sebab nieyl makan pedas kot. Harga nasi goreng biasa ni RM8.00

Husband add on daging masak merah. Untuk nieyl rasa dia biasa je cuma daging dia banyak jenuh nieyl nak menguyah hihihi.. Harga Rm8.50. Sudahnya kan semua makanan nieyl yang habis kan. Aduhai..manalah tak naik kg macam ni kan..

Kadang-kadang bahagia itu ada dalam waktu-waktu sederhana macam ni , duduk berdua, berkongsi makanan, dan menikmati masa bersama.♥

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)