17 November, 2025

Selamat dah bertunang

Selamat dah bertunang | tarikh 25 Okt 2025 adalah tarikh majlis pertunangan anak buah nieyl (anak abg yang sulung) . Nieyl pernah share yang nieyl buatkan dulang hantaran dia, nieyl tak share lagi dalam blog. Malam sebelum majlis, nieyl siapkan pelamin DIY untuk dia so inilah hasilnya..actually bunga dekat tirai tengah tu tak ada, tapi nieyl buat sendiri, bagi ada sebab nampak kosong kalau tak letak.



Hantaran belah lelaki beri 5 dulang, kita balas 7 dulang. Anah buah nieyl dia tempah kek, puding dan cheese tart tempat yang sama tapi dia lupa nak bgtau nak riben warna apa, malam tu baru nieyl tengok tapi tak apalah..ok je kan..

Yang ni nieyl share deco dulang hantaran untuk anak buah nieyl. Simple je nieyl buat gabungkan 3 warna bunga, letak daun sikit siap..
Inilah anak buah nieyl yang insyaÁllah bakal tamatkan zaman bujan dia tahun depan. Wah..sorang-sorang anak buah nieyl nak kahwin. Semoga dipermudahkan segala urusan dia.Aamin..
 

2 comments:

  1. selamat bertunang..semoga dipermudahkan semua urusan...aamiin

    ReplyDelete
  2. Selamat bertunang buat anak buah Nieyl...cantik orangnya....pelamin pun cantik giler

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)