28 November, 2025

Apa yang saya belajar minggu ini?

Apa yang saya belajar minggu ini? | Dari isnin sehingga hari ini jumaat, nieyl memang rasa sangat sakit hati bila ada kereta memotong barisan,walaupun tahu 1 lorong sahaja tetap mencucuk nak masuk sedangkan orang lain beratur dengan penuh dengan kesabaran. Waktu nak pergi kerja, nieyl akan lalu jalan yang sama dan ada satu jalan tu memang 1 lorong sahaja untuk buat U-Turn. Memang panjanglah orang beratur nak buat U-Turn tapi akan ada je kereta-kereta yang tak ada adab ni yang tak nak beratur, memotong sebelah kiri dan cucuk nak masuk lorong U-turn tu..nieyl memang benci betul..

Nieyl dalam kereta memang selalu maki hamun kalau kena macam ni..lepas tu baru istifar , cakap sabar nieyl..sabar..relax..hahaha..Pada nieyl kan kalau yang beratur tu boleh bersabar, ikut turn, apa salahnya kau pun sama kan..

Sabar itu semuanya akan indah bila kena pada waktunya. Jadi, siapa yang ada perasaan macam nieyl ketika memandu, meh la kita cuba untuk bersabar. 

 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)