Apa yang saya belajar minggu ini? | Dari isnin sehingga hari ini jumaat, nieyl memang rasa sangat sakit hati bila ada kereta memotong barisan,walaupun tahu 1 lorong sahaja tetap mencucuk nak masuk sedangkan orang lain beratur dengan penuh dengan kesabaran. Waktu nak pergi kerja, nieyl akan lalu jalan yang sama dan ada satu jalan tu memang 1 lorong sahaja untuk buat U-Turn. Memang panjanglah orang beratur nak buat U-Turn tapi akan ada je kereta-kereta yang tak ada adab ni yang tak nak beratur, memotong sebelah kiri dan cucuk nak masuk lorong U-turn tu..nieyl memang benci betul..
Nieyl dalam kereta memang selalu maki hamun kalau kena macam ni..lepas tu baru istifar , cakap sabar nieyl..sabar..relax..hahaha..Pada nieyl kan kalau yang beratur tu boleh bersabar, ikut turn, apa salahnya kau pun sama kan..
Sabar itu semuanya akan indah bila kena pada waktunya. Jadi, siapa yang ada perasaan macam nieyl ketika memandu, meh la kita cuba untuk bersabar.

Memang sakit hati dgn orang selfish gini. Akk kalau org beradab, mudah je kita pun nak bagi laluan. Tapi kalau main cucuk je mmg seboleh mungkin jangan harap nak bagi masuk. Kes gini boleh buat kita jadi brutal jugak 😅
ReplyDeleteApapun kena sabar dan bertolak ansur, In Sha Allah selamat dan dipermudahkan urusan kita.
Macam tu la akak hari2 bila atas jalan..now akak faham kenapa suami selalu mengeluh...kita dah berhati- hati tapi ada orang lain jadi punca sebenarnya..
ReplyDelete