24 November, 2025

Kecik-Kecik Tapi Bau POWER

Kecik-Kecik Tapi Bau POWER | Siapa yang suka petai? Nieyl kalau ada makan, tapi bukan penggemar sangat,  petai ni memang kategori makanan yang “you either love it or hate it”. Bau dia memang menusuk, tapi effect puas hati.. memang susah nak explain. Hari ni nieyl  nak kongsi sedikit tentang petai, kenapa ramai orang suka dan khasiatnya. Gambar di atas tu, nieyl snap masa bercuti dekat melaka weekend baru ni kakak-kakak nieyl tengah mengopek petai untuk masak sambal. Besar kan?

Kakak nieyl tinggal di Petaling Jaya. Dia beli petai ni murah 1 ikat ada 4 papan baru rm5 tau..Kalau tempat nieyl tak dapat lah..lagi dapat yang besar dari ibu jari ni..aduhai..

Sebenarnya petai ni ada satu rasa yang unik tau dia rangup, pahit-pahit manja dan wangi (walaupun lepas tu semua orang tahu kita makan petai!). Kadang-kadang bila makan sambal udang petai panas-panas dengan nasi putih, terus rasa dunia ni aman.

Walaupun bau dia kuat, petai ni rupanya kaya dengan manfaat:

  • Tinggi serat, bagus untuk sistem pencernaan.

  • Sumber vitamin B dan C, bagi tenaga dan bantu tubuh melawan jangkitan.

  • Potassium tinggi, baik untuk tekanan darah.

  • Ada yang kata petai juga boleh kurangkan stress sebab ada tryptophan—bahan yang membantu hasilkan serotonin.

Ha Petai ni mungkin bukan makanan kegemaran semua orang, tapi bagi nieyl, dia ada tempat istimewa dalam hati (dan dalam peti ais!). Bau dia boleh tahan, tapi rasa dia… priceless. Kalau korang belum cuba, mungkin dah tiba masa bagi peluang. Mana tahu jatuh cinta?hehehe

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)