16 December, 2020

LIVEON Bantu Kulit Wanita Kekal Muda dan Melambatkan Penuaan

LIVEON Membantu Kulit Wanita Kekal Muda dan Melambatkan Penuaan | Wanita dan kecantikan tidak boleh dipisahkan, begitu juga dengan kecantikan dan kesihatan. Untuk mendapatkan kecantikan yang menawan dan muda kita perlu menjaga kesihatan dari dalam, barulah ianya terserlah diwajah kita. Baru-baru ini syarikat pengeluaran produk kecantikan dan kesihatan iaitu Wellous telah melancarkan satu produk terbaru iaitu minuman botanik  LIVEON

LIVEON adalah Minuman botani campuran yang diformulasikan daripada empat ramuan utama iaitu ekstrak kulit pokok pinus, SOD Extremel, kunyit hitam dan buckthorn laut dihasilkan bagi membantu melambatkan proses penuaan. Selalunya wanita akan tertarik pada sesuatu produk apabila mengetahui khasiat dan kesan yang postif untuk melambatkan proses penuaan. Siapa yang tak suka kan?

Kegigihan Wellous dan konsep yang teguh berkenaan kesihatan amat digemari dan disokong boleh syarikat penyelidikan dan pembangunan antarabangsa yang terkemuka iaitu Enzo Nutraceuticals, Bionov, Puredia dan Tokiwa Phytochemical . Untuk pengetahuan Wellois telah menjalankan 13 tahun penyelidikan bertaraf dunia dalam mencipta formula terunggul anti- penuaan pada abad ke 21, LIVEON


Khasiat yang terdapat pada kulit pokok pinus dapat meningkatkan prestasi kognitif sementara SOD Extremel yang merupakan antioksidan terkuat dapat melambatkan proses dan tanda-tanda penuaan.Sementara kunyit hitam membantu meneutralkan radikal bebas dan Puredia Seaberry yang merupakan ekstrak buckthorn laut membantu mengaktifkan pertumbuhan sel kulit. LIVEON dikatakan dapat membantu menghidupkan semula DNA untuk meningkatkan prestasi organ dan sel untuk mengembalikan tenaga muda.

"Penuaan adalah proses semula jadi yang dialami oleh semua orang seiring dengan pertambahan usia disebabkan badan menjadi lemah dan sebahagian besar organ dalam badan mengalami kerosakan sel"


LIVEON diperkaya dengan kandungan antioksida untuk membantu menambah nutrien dan tenaga bagi sel-sel yang lemah untuk mengundurkan penuaan.Produk keluaran Wellous ini diformulasi dengan  dengan menggunakan bahan-bahan semula jadi , superoksida dismutase (SOD), kunyit hitam Sirtmax, biji anggur, vitamin C dan teh hijau. bahan-bahan ini dapat membantu dalam anti-oksidasi, anti-radang dan anti-glikasi bagi memperoleh kesan anti -penuaan dengan mengaktifkan sel-sel badan. 

PERUBAHAN LUARAN

  • Mengekalkan keanjalan kulit
  • Menaikkan keserian
  • Mengurangkan kedutan
  • Mengurangkan bintik hitam
PERUBAHAN DALAMAN
  • Meningkatkan metabolisme
  • Mebaikpulih mekanisme badan
  • Meningkatkan kualiti tidur
  • Mengekalkan kecergasan dan awet muda

6 Fungsi utama liveon untuk anti -penuaan
  • Menguatkan sistem imun 
  • Merancang sel otak
  • Meningkatkan kualiti tidur
  • Menghalang saluran darah tersumbat
  • Menghalang kedutan dan bintik hitam
  • Mengembalikan tenaga
Produk LIVEON juga telah mendapat kelulusan KKM dan juga kelulusan HALAL dari Panel JAKIM. Jadi tidak perlu rasa ragu-ragu untuk mencuba LIVEON untuk  keremajaan kulit kita bersama.







Untuk pengetahuan semua, nieyl telah merasai sendiri produk LIVEON ini selama 7 hari. Apa yang boleh nieyl kongsi dengan pembaca blog nieyl, rasa minuman ni sangat sedap dan ada rasa sedikit masam-masam dari buah anggur. Keberkesanan yang boleh nieyl nampak pada diri adalah walaupun nieyl tidur pukul 12 atau pukul 1 pagi, dan bangun pada pukul6 pagi sepanjang hari di pejabat , nieyl tidak langsung rasa penat mahupun mengantuk. Walaupun kita tidur kurang 7 jam tetapi kualiti tidur tu kita dapat. 

Dan yang kedua adalah pemulihan kulit yang terluka akibat kekeringan dibahagian jari sembuh dengan cepat.Manakala untuk jerawat yang baru nak tumbuh mula merosot dalam masa sehari dan kulit muka nieyl semakin hari semakin cerah dan halus walaupun tidak mengenakan sebarang solekan. 


Secara peribadinya nieyl memang syorkan produk LIVEON ni kepada mereka yang ingin menjaga kesihatan tetapi tak ada masa kerana terlalu sibuk menguruskan urusan harian dan pada mereka yang sering kali terdedah kepada cahaya matahari secara langsung serta mereka yang menjaga penampilan tetapi tidak cukup tidur. Mudah sangat dengan LIVEON ni korang boleh menjaga luaran dan dalaman dalam satu sachet. 


Cantikkan kotak LIVEON ni, setiap kotak mengandung 16 Sachet dan cara pengambilan adalah sehari satu sachet selepas makan. Insya'Allah jika korang konsisten ia akan menampakkan hasil yang terbaik okay, selamat mencuba!


website :www.wellous.com
Facebook : 
WellousMalaysia








5 comments:

  1. menarik produk ni :)

    Keputusan GA dah keluar :)

    https://ejulz.blogspot.com/2020/12/keputusan-giveaway-by-ejulz-faizzahamir.html

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)