My New Office Room | Guys!I dont believe it , this is my room now..Alhamdulillah, dapat view pokok-pokok walaupun tingkat 2 je pun, tunduk sikit nampaklah parking lot kereta bawah tu. Actually, look yang sekarang ni telah di ubah oleh nieyl mengikut keselesaan. Kalau ikutkan plan, ada beberapa decoration yang nieyl nak buat dalam bilik ni. Tak apa nanti bila dah 100% , i will share okay.
Let's move, first section yang menjadi kegemaran nieyl bila bekerja di mana-mana sahaja. Tak kisah la tempat lama ataupun baru iaitu section atas meja. Benda yang wajib ada di atas meja nieyl adalah bunga, alat tulis berwarna warni, Sticker noted dan gula-gula. Mesti korang tertanya kenapa banyak pen warna warni tu kan, sebenarnya nieyl memang dari sekolah rendah lagi memang suka pen warna warni untuk buat nota ataupun tulis peringatan yang berwarna -warni. Nampak lebih kemas dan teratur je bila orang tengok pun tak serabut.
Beralih ke section yang kedua yang nieyl suka dalam bilik ini adalah ruang meja panjang ni. Sebelum terjadi seperti gambar di bawah ini, tempat ini adalah timbunan segala mak nenek fail atas meja ni, memang buat mata ni serabut tengok. Jadi, kita clearkan dan kita deko kan mengikut konsep simple but nice orang putih kata ha..Tapi bilalah mood kita kan boleh berubah, jadi deko pun sama juga nanti kalau dah jemu nantu, kita tukar yang lain pula.
Next tempat dimana nieyl letakkan 2 bakul yang berisi biskut dan minuman oat yang setiap pagi nieyl minum untuk gantikan sarapan pagi. Bakul dia simple je dan di atas bakul tu nieyl letakkan buku 365 hari Dr. F sebagai bahan bacaan nieyl setiap hari, kalau ikutkan perancangan bahagian ni nanti nieyl akan buat satu sudut bahan bacaan nieyl, tapi belum terlaksana lagi..coming soon la ya. Ok sebelah bakul ini pula, rak kertas warna dan juga letter head jabatan untuk kegunaan nieyl dan bahagian. Atas rak tu nieyl letak je tempat kunci bilik dan kunci kereta. Move..move ke next section yang menjadi perhatian orang bila masuk bilik ini adalah taman mini nieyl, ala tapi taman ni belum sempurna lagi, banyak lagi yang pending. Ada beberapa pokok lagi dekat rumah yang baru disemai dan belum boleh bawa ke pejabat lagi..Coming soon i share okay.
The last part yang wajib adalah tempat tampal sticker noted. Disebabkan nieyl masih baru lagi di pejabat baru ini, banyak perkara yang nieyl kena belajar, setiap kali dapat benda baru, nieyl akan tulis atas kertas mengikut kefahaman nieyl dan i tampal dekat kalender tu. Tak berfungsi langsung dah kalender meja tu, sekarang jadi tempat i tampal sticker noted je kita guna apa sahaja yang ada depan mata.
Itu sahaja yang dapat nieyl share dekat korang. Tidak kira work station di luar ke dalam bilik ke kita nak bekerja dalam tempoh yang lama dalam sehari kan, so..kita kena buat work station kita seperti rumah kita sendiri sebab kadang-kadang masa kita lebih banyak di pejabat berbanding di rumah betul tak?jadi, tempat kerja kita kena bersih, kemas dan best ok..bye² ♥
Tahniah! Nampak cantik dan kemas. Moga hari-hari happy bekerja dalam office baru.
ReplyDeletecantik office, semangat nak kerja kan :)
ReplyDeletecantiknyaaaa !! yes nampak pokok2 tu lagi nice. nampak segar je..
ReplyDeletesection bekalan makanan / jajan kena ada kan hehe.. penting..
Cantik sungguh..rasa nk buat mcm ni jg lah..kemas dan teratur je..
ReplyDeleteBestnya nampak view yang luas mcm tu. Xlah rasa terperap lelama duk kt opis kan. Kemas haa susunan workstation nieyl.
ReplyDeletecantik dan kemas susun atur ruang kerja niey. abe kie ni berkongsi ruang dgn kwn2 sekerja di bilik guru. jd x de la peluang nak design mcm2 mcm niey..tunggu la dpt bilik sendiri bila jd PK ke. huhuhu....
ReplyDeletewah kemas dan cantik tentu bersemangat nak buat keje. pula tu ada pokok2 menghijau segarnya suasana
ReplyDeletelove your workstation! nampak comfy sngt
ReplyDelete