07 December, 2020

Si Pejuang Garis Dua

 


Si Pejuang Garis Dua | Bukan sesuatu yang mudah untuk diceritakan tentang perjuangan untuk mendapatkan garis dua tetapi hati ini terdetik untuk berkongsi sedikit tips bagaimana diri ini begitu sabar, tabah untuk mengharui hari-hari sebagai pejuang garis dua. Ia bukan sesuatu yang kau cakak, esok lusa kau akan dapat. Setiap pejuang terutamanya wanita adalah berbeza dan setiap wanita yang bergelar pejuang garis dua juga mempunyai dugaan dan ujian yang berbeza.  

Next month merupakan tahun yang ke-9 bergelar pejuang garis dua. Setiap tahun azam tahun baru tidak pernah berubah since bergelar isteri dan begitu juga soalan-soalan orang disekeliling tetap sama. Bohong!tipu!kalau tidak pernah terasa hati dengan setiap persoalan berkaitan tentang anak, ofcouse sebab ia tentang hati dan perasaan. Pada awal 3 tahun awal perkahwinan memang soalan-soalan itu membuatkan diri ini stress, mudah terasa , cepat sentap dan naik angin. 

Apa soalan yang sering di tanya?
  • Anak dah berapa orang?
  • Dah berapa lama kahwin?
  • Dulu kahwin sekali dengan adik ipar kan?dia dah ada anak kan?
  • Tak pergi berubat ke?
  • Tak pergi berurut ke?
  • Lama tak ada anak, entah-entah mandul
Wow!hebatkan soalan-soalan wartawan yang tak ada lesen ni, pada awalnya memang Allah sahaja yang tahu apa perasaan ini bila ditanyakan soalan-soalan sebegitu rupa. Rasa seperti nak duduk dalam rumah taknak berjumpa dengan orang. Malu dengan diri sendiri atas kekurangan ini. Rasa diri ini sangat kerdil, tidak sempurna untuk menjadi isteri dan menantu dalam keluarga husband. Setiap kali tahu kawan-kawan mengandung dan bersalin, rasa sayu di hati itu sukar nak di gambarkan bagaimana. Tapi sentiasa cakap dengan diri, one day Allah will give me too..Insya'Allah..

Dalam pada orang menjemur dengan kekurangan diri ini. Allah kurniakan diri ini suami yang memahami, tidak pernah persoalkan tentang kekurangan diri, tidak pernah memaksa. Bukan itu sahaja, dikurniakan mak mertua yang tidak pernah menjadikan kekurangan diri ini satu masalah besar untuk berikan kasih sayang. Dari situlah diri ini mendapat seribu kekuatan dan kesabaran untuk berdepan dengan dunia. 

Sumber kekuatan diri 
  • Percaya pada rezeki Allah swt pada setiap hamba-Nya
  • Selagi wanita itu ada rahim, Insya'Allah ia boleh jadi seorang ibu
  • Jadikan setiap soalan-soalan orang dikeliling itu satu doa yang mohon Allah makbulkan
  • Fikir positif , orang bertanya tanpa orang ambil berat
  • Happykan diri sendri dengan membuat perkara-perkara boleh mendatangkan kegembiran pada diri dan suami.
Apa yang paling penting, sentiasa bersyukur apa yang Allah beri pada kita. Walaupun Allah tidak kurniakan zuriat pada kita, tidak semestinya kita tidak boleh bahagia seperti pasangan lain. Lihat disekeliling kita, Allah kurniakan kita anak-anak sedara yang ramai yang boleh menjadi tempat kita curahkan kasih sayang. Allah beri lagi kesenangan dalam hidup seharian kita, masa yang banyak untuk kita berbakti pada mak ayah kita, jika kita fikirkan banyak yang Allah beri pada kita yang mungkin kita tak perasan sebab fokus kita hanya pada zuriat. 

Apa yang nieyl cuba sampaikan, kepada mereka yang senasib dengan nieyl, korang jangan sesekali sedih, kita teruskan usaha, percaya pada Allah, hiduplah dengan kegembiraan, sentiasa berfikiran positif kerana ianya amat membantu kita untuk fokus dalam apa yang kita buat. Insya'Allah sesiapa sahaja yang membaca entry ini, doakan segalanya untuk nieyl dan kawan-kawan yang lain supaya ada rezeki, Allah kurniakan zuriat yang comel-comel untuk kami. ♥

11 comments:

  1. Berat, pahit, beban, rungsing, sedih. Semua ini bercampur menjadi satu. Mendarah. Mendaging. Yang berat hari ini, yang pahit sedari awal, yang merungsingkan dengan pertanyaan, yang selalu sedih menyelubungi, percayalah Allah tidak pernah berhenti ambil kira setiap usaha dan doa-doa hambaNYA. Bangkit. Terus Usaha.

    ReplyDelete
  2. Semoga dikurniakan cahaya mata satu hari nanti...

    ReplyDelete
  3. Betul tu macam mana pun semoga Allah permudahkan urusan untuk mendapatkan zuriat yang soleh solehah ❄️

    ReplyDelete
  4. Semoga 2021 ada sinar buat sis dan saya juga...InsyaAllah positif je, yang terbaik selalu datang tepat pada waktunya...

    ReplyDelete
  5. Teruskan usaha dan berdoa, in shaa Allah Dia pasti mendengarnya. Semuanya pun ujian belaka, ada anak satu ujian, belum dikurniakan anak pun ujian. Semoga terus tabah menghadapi hari-hari mendatang, dan pedulikanlah apa yang orang kata sebab mereka tidak berada di dalam kasut yang sama.

    ReplyDelete
  6. Mudah2an perjuangan akan membuahkan hasil.
    Aamiin

    ReplyDelete
  7. stay strong dear, stay positive!!! pedulikan org2 yg tanya & banyak mulut tu. pagi tadi dgr hot fm....ada pasangan ni 21 tahun kawin, baru dpt baby..Allahuakbar..kuat nya. so kalau diaorang leh kuat...Nieyl pun boleh. Ada hikmahnya dr setiap apa yg berlaku.. Allah nak suruh Nieyl happy2, enjoy dulu life...manja2... honeymoon. kannn...org boleh ckp apa pun, diaorang x rasa apa yg Nieyl rasa...hugs!

    ReplyDelete
  8. always be postivi and jgn stop and jgn putus asa kan. org2 yg suka tnya then bg pendapat ni diorg igt kita ni tak mencuba ke ? menyampah kan..tapi mulut org mmg mcm ni kan

    ReplyDelete
  9. Akak doakan untuk Nieyl...insyaallah ada rezeki nanti

    ReplyDelete
  10. biasalah org sekeliling mmg akan byk tanyanya.. mama doakan nieyl kuat dan tabah melayan depa. semoga ada rezeki utk tahun 2021. mama pun sorang aje yg lekat..

    ReplyDelete
  11. Insha Allah Nieyl, satu hari nanti kita semua (ttcian) akan dikurniakan zuriat yang comel.. Percaya pada ketentuan Allah, dan sentiasa bersangka baik dengan Allah.. Ignore kata-kata orang yang sangka mereka lebih hebat daripada kita, tapi sebenarnya kita lebih hebat daripada mereka tanpa mereka sedar iaitu kesabaran yang tinggi, sebab bukan mudah untuk seseorang itu sabar dengan dugaan hidup..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)