Cara Pakai Pelitup Muka Yang Betul | Pelitup muka ketika ini amat penting untuk semua. Pada awal pemakaian agak tidak selesa tetapi lama kelamaan Ianya telah menjadi perkara wajib untuk kita setiap kali keluar dari rumah. Namun, cara pemakaian yang betul haruslah dipraktikan juga bukan hanya sekadar pakai sahaja.
Kerap kali kita melihat orang disekeliling kita, meletakkan pelitup muka di bawah dagu ketika makan betul tak? Apa salahnya kalau nak makan tu, korang tanggalkan seketika, letak dalam plastik dan letak dalam handbag, supaya tidak kotor dan boleh digunakan semula. Ini ada yang letak di dagu, makan ada kesan makan, ada juga yang berpeluh, terus pakai semula, itu akan mengakibatkan bakteria berkumpul di pelitup muka dan membuat kulit kita mula bermasalah.
Selain itu juga, sekiranya memakai pelitup muka pakai buang sebaiknya 1 hari 1 pelitup muka, jangan guna berhari-hari ya. Dan yang menggunakan pelitup jenis fabrik, jangan lupa untuk tukar filter dan cuci pelitup muka tersebut untuk menggelakkan pembiakan beteria ada pelitup muka.
Jangan takpakai di tempat awam
ReplyDeletenanti kena RM1K
thanks for this post!! benda ni penting utk kita tau
ReplyDelete