16 May, 2017

Picnik Sempena Hari Ibu

Picnik Sempena Hari Ibu | Sanagt bertuah dikurniakan sebuah keluarga mertua yang simple dan mudah bila rancang sesuatu tu tidak perlu ambil masa yang lama. Kalau pagi cakap Insya'Allah malam terus jadi. Kita pun mudah nak uruskan sebab masing² beri kerjasama yang baik lagipun kami tak ramai,so itu salah satu keistimewaannya..

Jumaat yang lepas, nieyl bersama family en.husband kami pergi picnik BBQ dekat Taman Seri Empangan PICC.  Tempat dia sangat selesa sebab ada pondok untuk kita duduk bersama family dan boleh bentang tikar macam kite orang buat ni.


Sesi memotong kek sempena hari ibu. Kek tu adik ipar yang buat, kek pelangi berperisa pisang with cream..yumyum..sedappp..rasa pisang..hihihihi.. eh..lupa pula ada orang lagi xde dalam gambar..adik ipar yang bongsu,dia kerja tak dapat balik..huhuhu..sorrryyyy adik...next time yaaa


Seperti biasalah, tugas bakar membakar ni di serahkan kepada orang lelaki yang sado-sado, kami tukang makan je..hahaha.. Biras, adik ipar semua sangat sporting...bagus dieorang ini tidak pernah berkira..semoga aktiviti-aktiviti ini akan selalu kita buat,untuk mengeratkan ikatan kekeluargaan kita...






2 comments:

  1. AAAAAA... meriah ! suka suka suka ;)

    ReplyDelete
  2. cntik kek tu ! best kan clebrate dgn family.. alhamdulillah. smoga ibu mentua sis dan kluarga sntiasa dlm lindungan Allah swt slalu.. amin ya rabb =)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)