Showing posts with label Percutian Melaka. Show all posts
Showing posts with label Percutian Melaka. Show all posts

26 May, 2017

Bersantai bersama di Melaka Mall

by on May 26, 2017
Bersantai bersama di Melaka Mall | Antara tempat yang sering dikunjungi pelancong dan warga Melaka adalah Melaka Mall Food Truck. Ini adalah kali pertama nieyl singgah sini itupun sebab adik ipar yang bekerja di Melaka ni yang ajak bersantai selepas makan capati. 

Kawasan dia tidak besar mana pun tapi berbentuk bulatan, dimana di kelilingi oleh beberapa food truck yang menjual pelbagai makanan. Meja dan kerusi adalah terhad so, kena pandai-pandai bawa diri dan tunggu meja kosong ya...

Sambil kita menikmati makanan yang kita beli tu, kita akan dihiburkan oleh kumpulan Buskers dan ada juga pengujung yang turut sama menyanyi bersama buskers. So, memang sesuai untuk family bawa anak-anak makan sambil berhibur.

 gambar dari google



Malam tu pun nieyl makanan yang simple dan mudah je sebab baru lepas makan capati kan, sambil makan tu layan juga lagu-lagu yang buskers tu menyanyi walaupun kadang-kadang kelaut..hahahaha..

25 May, 2017

Capati Tehel Memang Sedap

by on May 25, 2017
Capati Tehel Memang Sedap | Bila dah banyak kalori terbakar masa berjalan kaki ke padang pasir klebang, perut pun dah terasa lapar sangat.Terus pergi cari tempat makan yang adik ipar nieyl suggest. Kedai yang dikenali sebagai Warung Capati Tehel, berada di kawasan pedalaman sedikit dan berada selepas corner jalan. So,kalau nak pergi kedai ni sepanjang perjalanan tu kena slow-slow sebab takut terlepas simpang belah kanan. 

Apa yang diberitahu, warung ini sering kali menjadi salah satu tempat persinggahan pelancong dari luar Melaka,sebelum mereka pergi ke pusat bandar melaka. So, macam nieyl memang dari pusat bandar gigih en.husband drive yang agak jauh sedikit semata-mata nak pergi rasa capati yang dikatakan terkenal di Melaka ini. 

 gambar dari google

Masa nieyl pergi tu dah malam dalam pukul8.30 macam tu la, ada beberapa meja penuh juga ,kata adik ipar warung ini sentiasa dibanjiri dengan pelanggan yang tidak putus-putus,jadi kena bersabar menanti makanan yang di order. Namun begitu, kalau dah namanya rezeki, Alhamdulillah..time nieyl hari tu,tidak perlu tunggu lama pun mungkin time tu tidak berapa ramai orang. So,boleh makan dengan selesa dan tenangnya.


Malam tu nieyl order 8 keping capati dan 3 kuah kari kambing. Capati yang disediakan di Tehel ini sangat lain dari yang lain kerana keenakan kari kambing dia tu sangat super,tidak ada langsung bau kambing,so..bila kita makan tu rasa macam sekeping tak cukup.ha..that why nieyl dengar orang order dekat sini seorang mampu habiskan 10-15 keping..

Lagipun capati yang dibuat tu pun sangat lembut dan kuahnya pula segala rasa cukup tidak ada kurang pun.Pemilik warung ini berasal dari Pakistan that why capati dia sangat berbeza dari capati yang biasa kita makan. Menurutnya lagi, dia mampu menjual capati sehingga 10 kilogram tepung setiap hari dan setiap bulan mampu menjana pendapatan sekitar RM4000. wow!

Ok kalau korang pergi Melaka, nieyl memang rekemen 100% korang pergi cuba sendiri keenakan capati bersama kuah kambing atau kuah kari ayam dia..memang akan datang lagi,InsyaÁllah..

Warung capati Tehel ini beroperasi setiap hari kecuali Jumaat bermula pukul 5.30 Petang sehingga 11 Malam.

Lokasinya di Batu 9,Jalan Tehel,Benban, 77200,Jasin,Melaka

Padang Pasir Pantai Klebang Melaka

by on May 25, 2017
Padang Pasir Pantai Klebang Melaka | Hai korang,harapnya korang tak jemu lah entry tentang Melaka ni ya..sebab nieyl nak share tempat-tempat best yang jarang sekali kita pergi bila sampai Melaka ni. Kalau entry yang lepas nieyl story tentang restoran yang wajib singgah bila sampai Melaka,so pagi ni nieyl share tentang satu tempat yang sebenarnya tak ramai yang tahu.

Rasanya bila sebut Pantai Klebang Melaka mesti pernah singgah kan?sambil beli coconut shake,selfie dan lepak tepi pantai dengan angin bertiup..wahhh..seronok tau..Tapi tahu atau tidak yang di kawasan Pantai Klebang ini ada satu tempat yang sangat cantik yang dikenali sebagai white desert atau desert in Malaysia. Ya padang pasir seperti di mesir tu..Sebelum pergi holiday tu, nieyl dah search tempat-tempat yang nieyl nak pergi, sebab tak nak pergi tempat yang dah selalu pergi..boring...

Macam mana nak pergi padang pasir klebang?

Bagi yang drive, ikut signboard Pantai Klebang sampailah korang akan nampak tulisan bantu besar 1 Malaysia kemudian korang akan nampak juga banyak gerai-gerai sebelah kanan,belok kanan lepas tu korang terus sahaja sampai lah korang akan nampak padang pasir,dari jauh dah boleh nampak dah..

Lepas nieyl parking kereta, tertelan air liur juga tengok jarak padang pasir tu dari tempat parking. Dalam hati macam nak menyerah kalah je, tapi jiwa ketal nak pergi juga so...mulakan perjalanan dengan sebotol air mineral..hahaha..sebab jaraknya sangatlah jauh..masa perjalanan adalah dalam 30min berjalan kaki.Untuk pengetahuan korang, kawasan ni tidak boleh bawa kenderaan masuk dah sekarang ni sebab ada kes bawa kereta masuk di kawasan padang pasir,berakhir dengan tayar kereta tersangkut dan terpaksa minta bantuan.So,disebabkan itulah kini kereta tidak lagi dibenarkan masuk di kawasan padang pasir..Jadi nya kita kena jalan jauh laaa...


Time ni dah hampir suku jalan lah nieyl berjalan kaki,nampak tak belakang nieyl tu ramai lagi orang yang baru sampai,dah teruskan perjalanan walaupun penat..kononnya sangat excited nak tengok sunset yang cantik dekat sini.


Masih jauh lagi perjalanan nak menuju ke padang pasir tu, sepanjang perjalanan separuh jalan kita akan lalui jalan yang dibanjiri batu-batu kecil,so hati-hati pada yang bawa anak kecil ok. separuh lagi perjalanan adalah di atas rumput yang hidup mati segan tak mahu ni..hihihi..


Nampak tak jauhnya padang pasir tu?


Time nieyl sampai tu memang sedang elok sangat matahari nak terbenan,jadi dapatlah nieyl saksikan sendiri matahari terbenam dengan sangat cantik.


Kenangan bersama adik ipar nieyl yang terpaksa nieyl heret sekali dia berjalan jauh, walaupun dia tinggal di Melaka,Ini kali pertama dia jejakkan kaki ke sini. So,pada nieyl ini adalah pengalaman yang tak kan di lupakan. Walaupun penat ianya satu kepuasan yang sukar kita gambarkan dan dapat di mana²..

Dengan perjalanan jarak yang sangat jauh, nieyl terpandang beberapa orang family yang sanggup bawa anak kecil(berdukung) pergi ke padang pasir ni. Gigih mak ayah dia, sebab jujur cakap perjalanan ke padang pasir tu sangat memenatkan. Sedangkan nieyl berjalan kaki tanpa bawa apa-apa pun dah mengah-mengah..Ini kan mereka..walau macam mana pun, tempat ini memang best cuma   kalau boleh,akan datang buat lah kenderaan khas untuk bawa pelancong ke padang pasir tu.. Jimat sikit tenaga nak berjalan kaki..

Kalau korang nak tahu, sesampai je ke kereta, kaki kiri nieyl sangat sakit sampai nak angkat pun tak boleh,sebabnya nieyl dah lama tak berjalan jauh dan bersenam sebab itulah urut kaki terkejut..Nasib baik dah pergi baru sakit, tapi kalau di beri peluang kali kedua pergi sana, nieyl nak request kenderaan khas boleh???hihihi.. 

*tips - sebelum memulakan perjalanan buat sedikit regangan otot supaya otot dan urat tidak terkejut tertiba kena berjalan jauh..

24 May, 2017

Restoran Wajib Di Melaka

by on May 24, 2017
Restoran Wajib Di Melaka | Tidak kira berapa kali pun pergi Melaka nie, belum pernah lagi tak pergi makanan asam pedas di Restoran Asam Pedas Selera Kampung yang sangat terkenal dengan asam pedas pelbagai jenis ikan dan pernah masuk Jalan-Jalan Cari Makan Tv3. 


Bayangkan bila dah rehat sekejap dekat hotel, dengan perut memang tersangat lapar..gigih suami isteri jalan kaki dari hotel ke Restoran Asam Pedas ni, jarak dari hotel mengambil masa lebih kurang 10-12 minit sahaja untuk sampai so, tidak perlu susah payah nak bawa kereta yang memang dah tahu parking memang tersangat susah nak dapat, salah parking kena saman pun tak ada gunanya betul tak..

So,sangat suka duka bila sampai di Restoran tu terlalu ramai orang sampai tempat duduk pun tak ada,so..tak ada pilihan sebab perut dah lapar sangat..jadinya nieyl pergi Restoran Hajjah Ruhana Asam Pedas yang bertentangan dengan Restoran yang nieyl nak pergi makan tu..It's ok..next time boleh datang lagi...


Walaupun masing-masing lapar, tapi tidaklah ambil makanan macam 10 hari tak makan, kteorang ambil yang simple dan janji kenyang sahaja. Nieyl ambil ikan kembung besar asam pedas, nasi putih dan ulam 2 org makan dan air teh o ais total RM18. 



Oklah..nanti sambung lagi, nieyl nak share dengan korang tempat yang nieyl memang nak sangat pergi bila sampai dekat Melaka ni..nak tahu dekat mana..stay tuned okay...😍



Review Hotel Eco Tree Melaka

by on May 24, 2017
Review Hotel Eco Tree Melaka | Baru-baru ini nieyl baru berkesempatan redeem voucher hotel dari Traveloka . Melaka menjadi pilihan sebab kos perjalanan murah, ada tempat yang nieyl nak pergi walaupun pergi melaka dah berkali-kali. Dan kebetulan adik ipar yang kerja di Melaka cuti juga so, boleh lah pergi jalan-jalan. 

Hotel yang menjadi pilihan nieyl ialah ECO TREE HOTEL. Seperti biasa kali ini nieyl menggunakan sepenuhnya perkhidmatan dari Traveloka. Nieyl memang sangat rekemen kalau siapa yang nak pergi travel atau holiday menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan oleh traveloka dan ianya sangat mudah,cepat dan mesra pengguna. Nieyl survey hotel ini dekat sebulan juga sebab nak cari yang terbaik dan murah.


Bahagian depan Hotel yang penuh dengan pokok-poko hijau dan air pancut yang sangat cantik, kemas sususan dan sejuk sahaja mata memandang Hotel ni.

sumber : google

Kebetulan hari sabtu tu nieyl dengan husband tersampai awal, sepatutnya check in pukul 2 petang tapi pukul 1.30 tu nieyl dah sampai, so terus check in..bilik pun dah ready, so kita terus naik cari bilik. 


Kelakar juga sebenarnya time naik lif dekat Hotel ni, kebanyakkan Hotel kita naik lif lepas tu tekan tingkat berapa yang kita nak kan?nieyl dengan husband masuk lif,keluar semula sebab lif tak boleh tekan. Pergi dekat reception tanya,rupanya kena touch dulu..hahaha..kalau dekat Eco tree ni lepas korang naik lif,make sure korang touch dulu smartcard bilik korang dekat tempat scan tu,lepas tu baru tekan tingkat berapa kita nak pergi..hahaha..


Eco tree Hotel mempunyai 163 room,antaranya superior Queen/Twin, Executive Deluxe King/Twin, Executive Suite, Family Suite,Premier Suite dan Studio Suite. Bilik yang nieyl ambil ni Executive Deluxe King. Harga semalam RM145.24 yang nieyl dapat time booking.. So, kalau korang nak dapat harga tawaran yang best-best jangan lupa selalu la tengok di website traveloka. 


Masuk sahaja bilik hotel perkara pertama yang biasa di buat adalah check toilet dan bilik air dulu,sangat bersih dan teratur sahaja barangan yang ada dalam bilik air.





Bilik air hotel ini banyak sangat cermin, jangan terkejut kalau almari baju pun dieorang letak di kawasan bilik air juga dan ada cermin juga. So, pada pandangan nieyl..bilik Executive Deluxe King ini sangat sesuai untuk suami isteri yang honeymoon sebab pintu bilik air dia tak ada lock..hihi..dia just pintu slaiding je..😍😍


Kalau ada banyak barang-barang yang berharga, bilik hote juga ada menyediakan peti besi untuk pelanggannya menyimpan barangan yang berharga. Nieyl tak guna pun sebab tak ada yang berharga pun selain dari duit.


En.husband memang tak boleh kalau tak minum air panas dalam sehari, so..sampai je bilik perkara pertama yang dibuat adalah masak air dan buat air panas. So,dia sahaja yang habiskan teh-teh dekat hotel tu.


Di bahagian atas hotel, ada swimming pool tau..time nieyl pergi jalan-jalan sekitar hotel ni tak ada orang pun sebabnya dia ada waktu yang dibenarkan iaitu dari 7.00 am - 6.00 pm ..



Kemudahan lain yang ada di Eco Tree Hotel
  • Coffee house
  • Bilik Mesyuarat
  • Milan & holand Restaurant
  • Skydeck 360
  • Gym
  • Laundry Services
  • Bilik Solat
  • Free Wifi
  • 24 hours Security and CCTV
  • Ample Free Parking
  • Rak Tourist information
Kenapa pilih Eco Tree Hotel?

  1. Harga bilik yang ditawarkan adalah mampu milik
  2. Keadaan bilik dan hotel sangat kemas dan bersih
  3. Kedudukan Hotel sangat strategik dengan tempat-tempat yang nieyl nak pergi
  4. Hanya perlu jalan kaki sahaja untuk pergi ke tarming sari, Dataran Pahlawan, makan asam pedas popular di Melaka.

* nanti nieyl sambung story lagi tentang percutian nieyl dekat Melaka Okay..


1, Jalan Melaka Raya 9, 
Taman Melaka Raya, 
75000 Melaka, Malaysia. 
Telephone:+606 - 292 1888 
Fax:+606 - 281 9991
 E-mail::reservation@ecotreehotel.com
atau layari
http://www.ecotreehotel.com/