18 August, 2025

Buli di Sekolah: Masalah Lama yang Perlu Kita Hentikan

 

Buli di Sekolah: Masalah Lama yang Perlu Kita Hentikan | Bila sebut pasal sekolah, kebanyakan orang akan terbayang tempat belajar, kawan-kawan, dan pengalaman indah masa remaja. Tapi realitinya, ada juga sisi gelap – iaitu buli.

Sekarang ni boleh dikatakan hampir setiap hari di akhbar, di berita pasti ada cerita tentang buli. Actually Buli ni bukan sekadar usik-usik biasa dah sekarang, ia  jadi masalah bila mengejek nama, menolak di koridor, merampas barang, menyebarkan gosip dan macam-macam lagi sekarang ni. 

Kenapa buli ni boleh terjadi, sebenarnya banyak faktor yang boleh mendorang perkara ni seperti :-

  • Kurang didikan empati – pelaku tak faham atau tak peduli perasaan orang lain.

  • Nak tunjuk kuasa – terutama bila rasa tertekan di rumah atau mahu perhatian.

  • Budaya sekolah – kalau sekolah anggap buli “biasa”, ia makin berleluasa.


Antara kesan buli ini boleh terjadi kepada dua-dua pihak yang dibuli dan pembuli. Contohnya

  • Mangsa jadi murung, hilang keyakinan diri, malas ke sekolah.

  • Boleh membawa kepada masalah mental jangka panjang.

  • Pelaku sendiri berisiko teruskan perangai agresif hingga dewasa.


Yang lebih menakutkan sekarang ini aktiviti buli membaca kepada kehilangan nyawa. Allahuakbar.  Kepada ibu bapa yang mempunyai anak-anak bersekolah harian ataupun berasrama please sentiasa ambil pendekatan menantau serta mengambil lebih berat selepas ini.

Sebolehnya anak-anak tidak menjadi mangsa buli dan menjadi Pembuli di sekolah. Sentiasa pantau perubahan anak-anak tidak kira lelaki ataupun perempuan. Buli kini tidak mengenal jantina. 

Sekolah sepatutnya jadi tempat selamat untuk belajar dan berkembang. Tapi selagi ada budaya “alah, biasalah budak-budak”, buli akan terus jadi racun. Kita semua termasuk guru, ibu bapa, pelajar kena ada peranan untuk hentikan.

Semoga anak-anak sahabat-sahabat nieyl yang membaca ni dijauhi masalah buli ini..Amin...




No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)