18 August, 2025

Buli di Sekolah: Masalah Lama yang Perlu Kita Hentikan

 

Buli di Sekolah: Masalah Lama yang Perlu Kita Hentikan | Bila sebut pasal sekolah, kebanyakan orang akan terbayang tempat belajar, kawan-kawan, dan pengalaman indah masa remaja. Tapi realitinya, ada juga sisi gelap – iaitu buli.

Sekarang ni boleh dikatakan hampir setiap hari di akhbar, di berita pasti ada cerita tentang buli. Actually Buli ni bukan sekadar usik-usik biasa dah sekarang, ia  jadi masalah bila mengejek nama, menolak di koridor, merampas barang, menyebarkan gosip dan macam-macam lagi sekarang ni. 

Kenapa buli ni boleh terjadi, sebenarnya banyak faktor yang boleh mendorang perkara ni seperti :-

  • Kurang didikan empati – pelaku tak faham atau tak peduli perasaan orang lain.

  • Nak tunjuk kuasa – terutama bila rasa tertekan di rumah atau mahu perhatian.

  • Budaya sekolah – kalau sekolah anggap buli “biasa”, ia makin berleluasa.


Antara kesan buli ini boleh terjadi kepada dua-dua pihak yang dibuli dan pembuli. Contohnya

  • Mangsa jadi murung, hilang keyakinan diri, malas ke sekolah.

  • Boleh membawa kepada masalah mental jangka panjang.

  • Pelaku sendiri berisiko teruskan perangai agresif hingga dewasa.


Yang lebih menakutkan sekarang ini aktiviti buli membaca kepada kehilangan nyawa. Allahuakbar.  Kepada ibu bapa yang mempunyai anak-anak bersekolah harian ataupun berasrama please sentiasa ambil pendekatan menantau serta mengambil lebih berat selepas ini.

Sebolehnya anak-anak tidak menjadi mangsa buli dan menjadi Pembuli di sekolah. Sentiasa pantau perubahan anak-anak tidak kira lelaki ataupun perempuan. Buli kini tidak mengenal jantina. 

Sekolah sepatutnya jadi tempat selamat untuk belajar dan berkembang. Tapi selagi ada budaya “alah, biasalah budak-budak”, buli akan terus jadi racun. Kita semua termasuk guru, ibu bapa, pelajar kena ada peranan untuk hentikan.

Semoga anak-anak sahabat-sahabat nieyl yang membaca ni dijauhi masalah buli ini..Amin...




5 comments:

  1. Betul tu...setuju sangat..lain macam cara anak- anak zaman sekarang membuli...sampai jadi jenayah

    ReplyDelete
  2. betulkan yang biasa.. biasakan yang betul..

    ReplyDelete
  3. Amin ya Allah. Semoga anak-anak kita terhindar dari nenjadi mangsa buli.

    ReplyDelete
  4. risau...sama ada anak jadi mangsa buli atau pembuli...
    semoga semua nya baik2 untuk anak2 kita semua dan warga sekolah...aamin

    ReplyDelete
  5. Makin menjadi2 kan sekarang ni...budak sekolah rendah pun dah pandai pukul2...Allahuakbar...seram baca...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)