Tak tahu Nak Gelak Ke Apa | Kisah hari isnin hari tu, pagi isnin nieyl ada mesyurat untuk event bulan ni. Awal pagi tu bila sampai pejabat biasalah nieyl akan on dulu pc dan lepas tu pergi ambil air kosong dekat pantry. Masa on the way nak pergi pantry tu nieyl memang akan lalu depan bilik Jun ( PA ) sebelah bilik nieyl ni, selalunya tak toleh pun ke bilik Jun tu, tapi hari isnin tu nieyl toleh...lepas tu nieyl berhenti reverse balik ke bilik Jun, lepas tu gelakkkk...sebab Jun pakai baju color hijau hahahaha..
Lepas tu, nieyl whatsapp wanie sebab nak tahu dia pakai baju color apa hari isnin tu. Sekali tu dia selfie hijau juga ya...hahaha..dah 3 ketul PA ni pakai sama tema warna pula. Memang dalam meeting 3 ketul ni kena bahan lah dengan pegawai-pegawai.. Group Marhaban hahahaha...
Duduk pula dalam meeting sebelah-sebelah. Hahaha..aduhai...actually kitaorang tak pernah berjanji nak pakai baju sama warna tau, semua ni kebetulan.
Hari selasa, semalam nieyl pakai baju dan tudung purple. Keluar dari bilik mesin lepas scan borang, terdengar suara si wanie ni, sekali nieyl tolehhhh..amekaw dia pakai baju purple hahahaha..adoi la..sabar jela...nasib baiklah hari ni tak sama dah...hahaha...
ala comei je kaler sama..hihi
ReplyDeleteSehati sejiwa tu..
ReplyDeleteMarhaban ya Ramadhan.. hehehe.. elok pulak berdondon-dondon nieyl dengan ofismate.. ^^
ReplyDeletecantiknya kebetulan sedondon semua 💚💚
ReplyDelete