18 August, 2025

The Parc, Nilai Impian

 

The Parc, Nilai Impian | Siapa pernah pergi? nieyl kali pertama pergi sini, actually dia satu  taman unik yang dikenali dengan konsep mirror maze di kawasan Nilai Impian tapi bukan sekadar taman biasa, tetapi sebuah destinas yang menarik untuk OOTD, jogging ringan, foto keluarga, atau sekadar jalan santai dengan latar ilusi cermin yang super..

Bayangkan kita berjalan melalui lorong pantulan yang mencipta ilusi tanpa henti macam berada dalam dunia cermin seronok tetapi perlu berhati-hati agar tidak bertembung dengan bayangan sendiri.  Sebelum balik selangor tu, nieyl singgah dekat sini untuk bersantai sambil BerOOTD. Ha..kalau bertiga ni OOTD memang beratus-ratus tau. Sebab nieyl pentingkan moment dan kenangan.

Tak salah nieyl pilih tema biru kan, dalam gambar cantik-cantik. Kitaorang bertiga ni kalau berjumpa tak pernah tak gelak macam orang gila. Ada je si afika ni menyakat kitaorang berdua. Syida yang pendiam tu, kalau jumpa kitaorang bertiga, dia akan gelak je. Lupa sekejap masalah kerja yang menimbun kena buat tu. 


Korang kalau nak pergi sini, cuba elak waktu tengah hari agar cahaya matahari tidak mencipta pantulan silau yang menyakitkan mata. Pergi waktu  pagi atau petang lebih sesuai untuk fotografi. Dan kalau outfit bercorak atau berwarna terang efek pantulan lebih menyerlah. 

Nak masuk sini free je dan ada tempat parking juga. Ada taman mainan untuk anak-anak. Masa nieyl pergi tu ramai bawa anak-anak dan ada juga yang berOOTD dekat situ. Nice place..nieyl suka.. 

Ok lah korang, cerita outing nieyl dengan kawan-kawan dah tamat dah. InsyaÁllah next outing nieyl dengan dieorang bulan 9 nanti selama 4 hari ke Terengganu..Semoga dipermudahkan segala urusan nieyl dan kawan2..

5 comments:

  1. Parc Nilai ni kak SA x pernah sampai lagi...masukkan dalam wishlist la...nanti bleh pergi ngan Nia

    ReplyDelete
  2. wah..menarik betul taman nie...jgn ada yang pechakan cermin sudhala..tapi, malam2 risau nampak benda lain je.. hahaha

    ReplyDelete
  3. Wah, tenth tak sabar menanti ketibaan September. Semoga dipermudahkan urusan.

    ReplyDelete
  4. Seronoknya... Nasib dah pernah gak la sampai sini 😉

    ReplyDelete
  5. Kalo tempat begini, suami saya yg sukaaa. Habis lah nanti saya dipaksa jadi fotografer dia di setiap sudut 🤣. Kalo saya memang tak suka difoto. Tapi suka memotret orang lain

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)