Masjid Sri Sendayan | Selepas selesai makan tengah hari, kitaorang duduk sekejap dekat pondok tu sambil menunggu syida suggest next place untuk kitaorang pergi. Task kali ini setiap seorang kena suggest satu tempat untuk kita pergi. Kebetulan dah masuk solat zohor, kitaorang sepakat pergi Masjid Sri Sendayan untuk solat dekat sana. Dari tempat makan tu lebih kurang 35 minit.
Kalau sebut “Masjid Sri Sendayan”, ramai akan terbayang gambar kubah putih megah yang sering lalu di media sosial. Terletak di Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan, masjid ini bukan sekadar tempat ibadah – ia juga simbol seni bina Islam yang mengagumkan, dengan suasana tenang yang memanggil hati untuk singgah.
Kitaorang first time sampai masjid ni. Dari jalan raya pun masjid ni nampak sangat cantik dan menarik kita untuk masuk dalam. Untuk tempat solat wanita kena naik lif setingkat ataupun ada je tangga kalau nak naik. Ruang solat yang sangat besar cuma masa nieyl pergi ni agak panas sebab tak on aircond.
Masjid Sri Sendayan siap dibina pada tahun 2019 hasil sumbangan penuh seorang dermawan, Tan Sri Abd Rashid Hussain. Masjid ini dibina sebagai hadiah untuk masyarakat, menggantikan sebuah tapak masjid lama yang berpindah demi pembangunan kawasan.
Lepas solat,sementara tunggu syida solat, nieyl dengan afika pusing-pusing keling masjid. Nieyl suka tengok seni bina dan keunikan ukiran dia terasa macam kita di Turki macam tu. Difahamkan masjid ni boleh memuatkan lebih 5000 orang dalam satu masa. Serius besarkan.
Masjid Sri Sendayan ni bukan sekadar mercu tanda baharu Negeri Sembilan, ia bukan sahaja orang datang untuk beribadah malah menjadi tempat orang ramai berkunjung melihat keindahan dan keunikan masjid ini.
Siapa yang kebetulan ke Negeri Sembilan tu, bolehlah singgah masjid ni ..sangat mendamaikan.
Subhanallah cantiknya...
ReplyDeleteInilah masjid kebanggan kami...hehehe...Dania idamkan akad nikah kat Masjid ni...tapi x tau la dapat ke tak..berangan awal2 x salah katanya...
ReplyDelete