21 January, 2026

Pengalaman duduk asrama

 

Pengalaman duduk asrama | Semalam petang waktu on the way balik kerja dalam kereta dengarlah celoteh Dj bercerita topik mana lebih baik duduk asrama atau duduk di rumah bersama ibu bapa. Pada nieyl masing-masing ada pendapat sendiri. Ada mak ayah yang nak didik anak berdikari, mereka hantar anak ke asrama. Tapi ada juga mak ayah yang nak anak-anak mereka membesar depan mata. Benda tu semua pilihan masing-masing. 

Oklah nieyl saja nak share pengalaman nieyl duduk asrama ketika umur 12 tahun. Duduk asrama ketika itu adalah pilihan nieyl sendiri. Jarak rumah nieyl dengan sekolah 3km sahaja. Tak jauh mana pun. Apa yang bestnya duduk asrama ni nieyl belajar untuk hidup berkongsi. Bilik tidur, bilik study dan bilik air semuanya kita kena kongsi dengan orang lain. 

Duduk di asrama kena ikut peraturan yang telah ditetapkan. Waktu makan, waktu solat , waktu study dan waktu tidur. Ia mengajar kita menepati masa dan ikut peraturan. Kadang-kadang orang luar nampak duduk asrama ni macam tak best sebab tiada kebebasan.. ko tahu ke?hahaha..

Meh nak bagitahu, zaman duduk asrama ni lah moment yang sangat best tau. Kalau duduk asrama ni kalau takkan lari dari penyakit KUTU hahaha. kadang-kadang tak faham betul, macam manalah KUTU ni suka berjangkit ketika duduk asrama je.. Part yang paling best, bila free time je masing-masing berkumpul dengan kertas putih dan sikat kutu. Kita cari kutu di kepala sendiri.. Dah macam pertandingan siapa banyak kutu hahaha.. 

Ada lagi..

Kalau duduk asrama ni tak lari dari cerita hantu dan kena kacau. Ini mana-mana pun mesti ada lagi-lagi kalau kawasan asrama tu ada pokok pisang. Ha..kata orang-orang benda tu ada dekat situ kebetulan masa tu dekat belakang asrama nieyl memang ada 1 pokok pisang yang besar. Satu malam tu, masing-masing ketakutan, tidur berpeluk al-quran ni..mahu tak nya tiba-tba air paip terbuka sendiri Tapi Alhamdulillah tak ada apa-apa terjadi.. 

Ha..ada lagi..ada lagi..

Bila masing-masing cuti tak balik rumah, biasalah zaman budak-budak tak matang kan. Haha..kitaorang main kahwin-kahwin siap kompang pakai baldi bagai, sekali warden datang berlari tak cukup lantai masing-masing hahaha..sebab bising sangat , dah kena denda hahaha... ha..itu pengalaman...

Banyak je lagi pengalaman yang best kalau duduk asrama ni. Tapi terpulang pada penilaian ibu bapa kita. Tapi untuk nieyl, berdikari duduk asrama banyak mengubah diri nieyl yang dari anak bongsu tak suka berkongsi sekarang tak kisah berkongsi dengan orang lain. 

Ok itu je nieyl nak share...siapa pernah duduk asrama?best tak?

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)