Food Photo | Petang-petang macam ni seronok kalau layan gambar makanan kan hahaha..kot-kot boleh bagi idea nak makan apa petang ni ke malam ni ke.. Gambar satu tu bakso dari kakak ipar nieyl, rajin weekend dia buat untuk anak -anak dia, dia bagi nieyl rasa semangkuk. Rasa dia sedap sebab dia rebus daging dengan tulang sekali, jadi rasa sup dia yang pekat tu ditambah lagi dengan bebola daging . Super!
Ini menu fav nieyl bila makan dekat Black Canyon. Kuey teow Chicken ladna. Makan dengan cili potong memang terbaik! Setakat ini nieyl belum tukar menu lagi kalau makan dekat sini hahaha..
Last week pergi melawat anak buah nieyl dekat hospital Columbia Puchong. On the way balik tu singgah puchong perdana semata-mata nak makan cendol durian. Ini port best untuk korang kalau nak makan durian yang murah. Ini kali kedua nieyl pergi kedai dia nie, nama kedai dia Pakdo Durian. Nieyl makan aritu 5 biji durian musang king, tak sampai rm150. Lepas tu candol durian musang king yang nieyl makan ni semangkuk baru rm18, durian dia ada 4 ulas besar-besar sis, memang puas hati! Nanti pergi tau korang yang mana hantu durian macam nieyl..hehe


.jpeg)
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)