Salam jumaat semua..pagi ni nieyl saja nak share dengan korang kebun sayur kebun family nieyl. Actually tanah ni ayah dah buat penama adik beradik. Dah ada beberapa rumah didirikan, tapi belum siap sepenuhnya. Ada seorang hamba Allah ini yang sangat rajin, ayah amanahkan tanah ni untuk dia tanam pokok-pokok, sayur-sayur . Yela daripada tanah tu terbiar, biarlah dieorang yang rajin berjasa pada tanah tu betul tak?
Last week nieyl bawa mak pergi tengok kebun saja je, nak tengok kalau ada terung telunjuk tu nak petik buat masak lemak, tapi tak sangka pula pokok-pokok terung bulat dah mengeluarkan hasil..Ya Allah seronoknya. Walaupun bukan kita yang tanam tapi bila nampak dah berhasil tu jadi seronok nak tolong petik..
Kalau dalam gambar tu boleh nampak ada pokok pisang, pokok jagung, cili api, pokok terung dan lain-lain lagi. Ayah dan mak memang amanahkan Dollah tu untuk jaga kebun ini. Mak ayah dah anggap dollah tu macam anak dia sendiri. Selain dari tu dollah juga ada bela kambing, dollah ni kerja dia memang berkebun saja.
Suka nieyl tengok pokok-pokok terung ni berbuah. Yang ni masih kecil lagi, tak boleh petik..Sejuk tangan orang yang tanam ni kan, sekejap je dah berbuah..banyak pokok terung yang di tanam, memang boleh buat jual,cantik je..
Selain terung bulan, terung panjang pun ada..Ini lah hasil yang pertama yang nieyl ambil last week. Besar-besar tahu, dapat lah masak dalca ke, kari ke kan..Jadi, kalau korang ada kawasan tepi-tepi rumah tu, rajin-rajin la tanam apa-apa pokok-pokok sayur. Sekarang ni dollah tengah buat batas untuk tanam keledek pula..
Bulan depan pula la pergi tengok hasil-hasilnya..nanti nieyl share pokok lain pula ya... 😊
bestnya ada kebun, puas hati hsl tgn sndiri
ReplyDeleteSalam bertani
ReplyDeletebesar jugak kebun tu
ReplyDeletekat kampung nenek saya suka tanam jagung ngan tembikai
Tak rugi berbudi pada tanah ini.. Dah jimat belanaj bila ada sayur sendiri..
ReplyDelete