Showing posts with label kebunku. Show all posts
Showing posts with label kebunku. Show all posts

07 July, 2025

Melawat Kebun

by on July 07, 2025

 

Melawat Kebun | Masa cuti awal muharram tempoh hari, nieyl ambil kesempatan bawa mak pergi kebun ayah sebab ayah minta bawa mak untuk tengok kawasan kebun sebab kami dah lama tak pergi ke kebun selalunya ayah nieyl sahaja yang akan pergi kebun setiap hari. Actually kebun ayah nieyl ni besar boleh buat lebih dari 12 biji rumah. Ayah dah buat pembahagian lot tanah kepada anak-anak dia , sebahagian darinya dah ada rumah di kebun , tapi rumah tu di sewakan. Untuk tapak nieyl setakat hari ini tak ada apa -apa lagi perancangan. 

Jom nieyl share pokok-pokok yang ayah nieyl tanam dekat kebun. Yang atas sekali tu pokok cili,banyak ayah tanam pokok cili di keliling rumah.

Ada juga pokok pisang, hasilnya memang dah berkali-kali ayah bawa balik untuk diberikan kepada anak-anak.

Pokok kundur ni bukan ayah nieyl tanam tau, penyewa rumah dekat tanah ayah nieyl yang tanam pokok kundur ni. 

Pokok nangka ni macam pokok wajib ada dikawasan kampung, kalau nak kenduri ke teringin nak makan nangka masak lemak, boleh petik je dekat kebun.

Pokok mangga yang sekarang ni dah nampak hasilnya, bila berbuah paling seronok ayah lah sebab hasil dia tanam dan berbuah.

Kalau dekat bandar, daun pandan sampai kita kena beli kan. Kalau ada tanah, boleh tanam di belakang rumah, tepi rumah dan ayah nieyl tanam dekat kebun. Selain dari di atas ni, ada juga pokok tebu tapi dah kekeringan musim panaskan. Ada juga pokok kedongdong dan yang terbaru ayah tanam pokok durian. 

Nieyl ada plan cakap ngan ayah, nak bela ayam bertelur. Tapi ayah kata kena buat reban khas untuk ayam bertelur ni. Tapi itulah, nieyl tengah fikir-fikir lagi..

16 January, 2024

Tuai Cili Api

by on January 16, 2024

 

Tuai Cili Api | Weekend biasanya nieyl dengan husband memang habiskan masa dekat rumah je sebab tak ada plan nak pergi mana-mana. Pagi ahad lepas tiba-tiba mood rajin husband sampai, dia pergi tuai cili api dekat pokok-pokok yang yanah nieyl tanam. Rasanya puluh juga la, sebab ayah nieyl dia suka tanam pokok cili cumanya kadang-kadang tak berapa rajin nak menuainya hehehe..

Tiga minggu lepas, abang nieyl dah tuai dah dapat banyak juga. Ahad lepas husband nieyl pula pergi petik siap bawa kerusi lagi, tak larat nak mencangkung katanya. Satu pokok tu banyak buahnya. Itupun husband nieyl tak larat nak habiskan semua, dia tinggalkan 10 pokok hahaha..

Inilah hasilnya, banyak tau jadi nieyl bahagi adik beradik sorang satu plastik dan rumah nieyl lebih sikit sebab mak nieyl suka guna cili api kalau masak. Ini kalau buat sambal hijau cicah dengan lempeng pun sedap tau. Ayah nieyl ni tangan dia sejuklah, tanam la apa pun mesti menjadi. Nieyl suka juga tapi suka tuai hasil je hehehe...



05 November, 2019

Mengutip Hasil Kebun

by on November 05, 2019
Mengutip Hasil Kebun  | Hari-hari cuti bila adik beradik berkumpul mesti akan ada plan untuk menziarah kebun kitaorang. Actually kebun kitaorang tu ada orang jaga dan ada tanam pokok cili, pokok pisang, pokok terung, bendir, ubi , pokok kari dan lain-lain lagi. Buat masa ini sebahagian kawasan sahaja yang digunakan untuk bercucuk tanam ni sebahagian lagi masih lagi semak samun. 


Ini pokok cili api yang subur dan lebat cilinya.


Dekat rumah nieyl tu wajib ada cili api, sekarang ni kalau nak beli cili dekat kedai mahal, betul tak..jadinya kena gigih pergi kebun, petik sendiri untuk seminggu punya stok.


Rumah singgah dekat kebun masih lagi in progress, belum siap sepenuhnya lagi. Rumah itu untuk lepak-lepak bila datang ke kebun. Ada 2 bilik dan ada ruang tamu dan dapur juga. Nanti bila dah siap, nieyl share dalam dia ya..


Masa ini kitaorang petik pucuk ubi, pokok ubi memang senang hidup kalau di tanam, hasilnya pun cepat membuahkan hasil sebab itulah ayah nieyl suka tanam pokok ubi di keliling kawasan kebun. 


Nampak, masing-masing pegang plastik hasil dari kebun, belakang tu korang boleh nampak banyak pokok pisang yang di tanam, sebahagian dari hasil tu dijual oleh penjaga kebun ni. 


Banyak hasil yang kitaorang dapat masa pergi kebun yang lepas, jantung pisang ada, pisang, pucuk ubi, cili api , daun kari dan ulam raja. Untuk pengetahuan korang, kebun ni ayah nieyl dah pun buat pecah lot dan pembahagian kepada anak-anak dia. Masing-masing kena jaga kawasan masing-masing, cumanya kami tak ada masa dan modal lagi untuk buat rumah di tanah masing-masing. Setakat ini hanya buat kebun kecil -kecilan macam ni je la..Itu pun Alhamdulillah, ada hasilnya..♥


11 July, 2019

Perubahan Taman Mini

by on July 11, 2019
Perubahan Taman Mini  | Lama rasanya tak update laman/kebun mini nieyl dengan korang. 2 minggu yang lepas nieyl ada share dah gambar taman mini nieyl yang terbaru dekat IG dan FB. Tapi hari ini nak share dekat blog pula. Kolan yang warna biru tu husband recycle arwah ayah mertua nieyl punya dulu, bawa balik ke rumah nieyl dia nak buat kolam ikan Koi dan air terjun.. Tapi time nieyl snap gambar ni air terjun belum siap lagi. 



Ikan Koi tu kan mahal sikit harga dia kan, jadi kami baru beli 12 ekor anak ikan Koi... InsyaÁllah kalau ada rezeki bulan depan ke kan nak beli yang sederhana punya, kalau tak silap nieyl harga dia seekor rm28, lagi besar lagi mahal. Kalau ikut husband nieyl sekurang-kurangnya nak kena ada 30-40 ekor dalam kolam tu..baru cantik dia kata.. ha..nanti bila dah penuh dengan ikan nanti. Nieyl tunjuk dekat korang yaaa 

27 March, 2019

Masak Asam Pedas Wajib Ada 2 Bahan Ini

by on March 27, 2019
Masak Asam Pedas Wajib Ada 2 Bahan Ini | Bila cuti-cuti tak ada plan pergi mana -mana, mak  ajak pergi rumah pakcik makcik nieyl. Rumah dieorang tak adalah jauh mana pun lebih kurang 10min dari rumah nieyl je. Bila dah sampai rumah pakcik makcik tu biasalah borak-borak dan tanya khabar. 
Kalau rumah kampung ni banyak kawasan tanah yang boleh bercucuk tanam. Jadi, kalau nak masak apa-apa tu senang je pergi ambil dekat pokok belakang rumah aje.


Ini daun kesum belakang rumah makcik nieyl. Segar-segar banyak dia bagi kiteorang, mana yang muda tu nieyl ambil untuk masak dan yang tua tu mak cucuk tanam dalam pasu.


Yang ini pula bunga kantan, pokok dia depan rumah geram betul nieyl tengok semuanya berbunga, nieyl petik adalah dalam 10 batang. Ada yang dah kembang dan ada yang baru nak kembang. Dua-dua bahan ini wajib ada dalam masakan Asam Pedas tau, baru lah Asam Pedas tu lebih sedap dan wangi.

Selain tu, daun kesum tu boleh campur dalam kuah laksa, dan bunga kantan boleh buat kerabu mangga ke..wahhh...meleleh pula air liur cerita pasal makanan ni..

01 March, 2019

Kebun Sayur Terung

by on March 01, 2019
Salam jumaat semua..pagi ni nieyl saja nak share dengan korang kebun sayur kebun family nieyl. Actually tanah ni ayah dah buat penama adik beradik. Dah ada beberapa rumah didirikan, tapi belum siap sepenuhnya. Ada seorang hamba Allah ini yang sangat rajin, ayah amanahkan tanah ni untuk dia tanam pokok-pokok, sayur-sayur . Yela daripada tanah tu terbiar, biarlah dieorang yang rajin berjasa pada tanah tu betul tak?


Last week nieyl bawa mak pergi tengok kebun saja je, nak tengok kalau ada terung telunjuk tu nak petik buat masak lemak, tapi tak sangka pula pokok-pokok terung bulat dah mengeluarkan hasil..Ya Allah seronoknya. Walaupun bukan kita yang tanam tapi bila nampak dah berhasil tu jadi seronok nak tolong petik..


Kalau dalam gambar tu boleh nampak ada pokok pisang, pokok jagung, cili api, pokok terung dan lain-lain lagi. Ayah dan mak memang amanahkan Dollah tu untuk jaga kebun ini. Mak ayah dah anggap dollah tu macam anak dia sendiri. Selain dari tu dollah juga ada bela kambing, dollah ni kerja dia memang berkebun saja. 


Suka nieyl tengok pokok-pokok terung ni berbuah. Yang ni masih kecil lagi, tak boleh petik..Sejuk tangan orang yang tanam ni kan, sekejap je dah berbuah..banyak pokok terung yang di tanam, memang boleh buat jual,cantik je..




Selain terung bulan, terung panjang pun ada..Ini lah hasil yang pertama yang nieyl ambil last week. Besar-besar tahu, dapat lah masak dalca ke, kari ke kan..Jadi, kalau korang ada kawasan tepi-tepi rumah tu, rajin-rajin la tanam apa-apa pokok-pokok sayur. Sekarang ni dollah tengah buat batas untuk tanam keledek pula..

Bulan depan pula la pergi tengok hasil-hasilnya..nanti nieyl share pokok lain pula ya... 😊

27 September, 2018

Taman Bunga dan Sayur Nieyl

by on September 27, 2018
Dah lama nak share dalam blog taman-taman bunga dan sayur sekitar kawasan rumah nieyl. First sekali nak bagitahu, pokok-pokok bunga dan sayur ini husband dan mak nieyl yang usahakan. Nieyl hanya menikmati keindahan dan beri pendapat je dekat mak dengan husband. husband nieyl jenis suka pokok-pokok yang hijau tanpa bunga. Manakala mak pula suka bunga orkid , bunga rose, bunga raya dan macam-macam jenis lagi la.. 


Ini bahagian depan rumah nieyl, rumah nieyl dengan adik beradik lain memang sebelah-sebelah je, so..depan rumah yang masih belum siap lagi tu rumah abg nieyl manakala tingkap yang banyak tu dulunya rumah mak nieyl sekarang ni jadi milik abg sulung nieyl, mak dengan ayah duduk dengan nieyl, nieyl jaga dieorang. 


Mak nieyl selain suka taman pokok bunga, dia juga suka taman sayur contohnya sekarang ni dia taman pokok cili api , bendir, kacang botol, terung , kangkung, pucuk manis. Alhamdulillah semua tamanan mak menjadi orang kata tangan mak ni sejuk tanam apa pun lah mesti menjadi. 


Macam pokok bendir ni dia senang hidup, sekarang ni setiap minggu nieyl akan petik bendir ni untuk masak, dan bagi adik beradik merasa termasuk juga jiran sebelah rumah nieyl pun dah merasa bendir yang mak tanam ni. Seronok rupanya kalau tanaman kita tu keluarkan hasil dan hasilnya dapat pula kita beri kepada semua orang rasa.

Selain tu juga mak nieyl ada tanam pokok daun kunyit, pokok pandan dan pokok daun kari. Sekarang ni nieyl minta mak tanam pokok daun sup dan bawang pula..Harapnya menjadi lah sebabnya tak perlu nak beli lagi kalau nak masak sup.

Berjasa pada tanah ni banyak nikmatnya. Husband dengan ayah nieyl ada plan nak bela ayam kampung dekat tapak tanah nieyl dekat cyberjaya. Doakan semoga projek dieorang tu berhasil dan berjaya ya..Amin....