Mengutip Hasil Kebun | Hari-hari cuti bila adik beradik berkumpul mesti akan ada plan untuk menziarah kebun kitaorang. Actually kebun kitaorang tu ada orang jaga dan ada tanam pokok cili, pokok pisang, pokok terung, bendir, ubi , pokok kari dan lain-lain lagi. Buat masa ini sebahagian kawasan sahaja yang digunakan untuk bercucuk tanam ni sebahagian lagi masih lagi semak samun.
Ini pokok cili api yang subur dan lebat cilinya.
Dekat rumah nieyl tu wajib ada cili api, sekarang ni kalau nak beli cili dekat kedai mahal, betul tak..jadinya kena gigih pergi kebun, petik sendiri untuk seminggu punya stok.
Rumah singgah dekat kebun masih lagi in progress, belum siap sepenuhnya lagi. Rumah itu untuk lepak-lepak bila datang ke kebun. Ada 2 bilik dan ada ruang tamu dan dapur juga. Nanti bila dah siap, nieyl share dalam dia ya..
Masa ini kitaorang petik pucuk ubi, pokok ubi memang senang hidup kalau di tanam, hasilnya pun cepat membuahkan hasil sebab itulah ayah nieyl suka tanam pokok ubi di keliling kawasan kebun.
Nampak, masing-masing pegang plastik hasil dari kebun, belakang tu korang boleh nampak banyak pokok pisang yang di tanam, sebahagian dari hasil tu dijual oleh penjaga kebun ni.
Banyak hasil yang kitaorang dapat masa pergi kebun yang lepas, jantung pisang ada, pisang, pucuk ubi, cili api , daun kari dan ulam raja. Untuk pengetahuan korang, kebun ni ayah nieyl dah pun buat pecah lot dan pembahagian kepada anak-anak dia. Masing-masing kena jaga kawasan masing-masing, cumanya kami tak ada masa dan modal lagi untuk buat rumah di tanah masing-masing. Setakat ini hanya buat kebun kecil -kecilan macam ni je la..Itu pun Alhamdulillah, ada hasilnya..♥
Menariknya...betul tu kalau dah pecah bahagian dan tak tau nak buat apa better tanam dengan pokok buah- buahan atau sayur kan..dapat jugak hasilnya nanti...
ReplyDeleteItulah hasil berbudi kepada tanah kann Nieyl..
ReplyDeleteIskh boleh mendatangkan rasa cemburu pada sis sebab geram tengok cili-cili segar dari pokok ;)
Alhmdllh berjasa pd tanah
ReplyDeletesyoknya ada kebun dan ada rumah kebun nanti. jgn lupa share rumah kebun bila dah siap ye. berbudi pada tanah mmg banyak hasilnya
ReplyDeleteNampak subur2 tanamannya
ReplyDeleteI'm thankful for the blog article.Much thanks again. Really Great. Explore photo and video images on Instagram, latest posts and popular posts about Pikdo
ReplyDeleteSyoknya kebun luas. Balik kampung mesti akan mengutip hasil tanaman. Bestkan dapat hasil tanaman tanah sendiri.
ReplyDeleteSukanya ada tanah yang begini.. Saya minat sangat berkebun tapi tanahnya tak ada..
ReplyDeleteAlhamdulillah, tak dapat buat rumah lagi pun tak apa janji kawasan tu terjaga hehe. Bertuahkan ada kebun camni
ReplyDeleteCutenyaaa cili tu tumbuh!
ReplyDeleteaduhai, menarik nyer aktiviti gini sekeluarga...
ReplyDeletehasil kebun yg ohsem tu nampak nyer, nieyl.