12 November, 2019

Mykori Dessert Cafe Cyberjaya

Mykori Dessert Cafe Cyberjaya | Kalau musim-musim panas pergi Mykori memang semua makanan dalam buku menu tu nak di ordernya. Ini kira first time nieyl pergi ke Mykori ni sebenarnya nieyl seorang yang mudah terpengaruh dengan kuasa media sosial ni lagi - lagi bab tempat makan yang best dan menarik untuk di cuba. 


Kali ini nieyl nak share pengalaman pertama kali merasai dessert di Mykori ini. Ada sesetengah review nieyl baca ada yang kata sedap dan ada yang kata Ok..Ok saja. Jadi kali ni nieyl sendiri yang akan merasainya sendiri. Jom tengok apa yang nieyl order untuk first time..






Mont Mauve Kakigōri
Dibuat dengan campuran ais berry, strawberry, blueberries & raspberrys. Yang ini bukan citarasa nieyl sebab dia banyak rasa masam, sesuai untuk mereka yang suka makan masam-masam ni. Dalam ais tu ada strawberry , blueberries dan raspberry. Harga mini RM17


Honeydew Kakigori
Yang bulat-bulat tu honeydew tau, nieyl suka sangat rasa dia yang manis-manis buah, buah yang bulat-bulat tu sejuk macam ais, dalam dia ada nata de coco. Harga RM26



Kenko Kakigori 

Kenko Kakigori ni ada 2 jenis, satu milk ice dan satu lagi yogurt ice. Yang atas ni nieyl try milk ice, korang boleh pilih 2 jenis buah untuk toppings dan pilih 3 bijirin untu toppings. Kenko Kakigori ni nieyl memang rekemen, memang sedap...kalau nieyl pergi mykori next time akan repeat lagi. 

Kenko Kakigori Milk Ice RM 13
Kenko kakigori Yogurt Ice RM14


Kalau makan-makan selalunya dieorang ni lah yang rajin ikut-ikut ni,anak-anak buah nieyl dengan kakak. Dessert-dessert yang nieyl tunjuk tadi tu korang tak perlu nak beli banyak, sebab 1 mangkuk tu boleh makan 4-5 orang. InsyaÁllah next time kita try menu lain pula di mykori cafe ini.

 Mykori Cyberjaya
No. 2-G, Block E,
Jalan GC4 Glomac,
Cyber 12, 63200 Cyberjaya, Selangor




9 comments:

  1. Dekat kuantan pun baru buka mykori , tapi saya tak pernah try lagi sebab saya lagi prefer resto atau kedai yang ada makanan berat . Heheheh , sejenis yang tak puas makan dessert je .

    ReplyDelete
  2. BIasa juga nampak kwan-kawan share makan di sini.. maybe one fine day..

    ReplyDelete
  3. alahai sedapnya. meleleh ayaq liur tengok gambar. haha

    ReplyDelete
  4. Ya allah menggodanya...bukan apa kat Seremban pun ada..tapi x jejak lagi..sabar jer la..tgok ni scroll laju2..takut tergoda kena carik plak...

    ReplyDelete
  5. sedap kan Nieyl kak ana suka kakigori depa tu :)

    ReplyDelete
  6. teringin jgk nk try mykori..
    dkt je ngn umh kalo nk pegi tp tu la..
    xterpergi jgk.. hahaha

    ReplyDelete
  7. sedapnya.. terliur tengok. kami ni dah la suka makan2an sejuk macam ni..nanti akan daku tarik tangan suami ajak ke sini..hahaha

    ReplyDelete
  8. Alahaiii meleleh je rasa ni. Sedapnya

    ReplyDelete
  9. aida x pernah cuba lagi mykori ni.
    ada satu outlet kat bkt beruang tu hah.
    maybe prefer cendol or abc jer kan, tekak melayu sgt nih :)
    but one day, maybe nak try jugak lah dessert omputeh gini.
    hipster.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)