Aktiviti Hujung Minggu Besama Keluarga BBQ | Seronok bila dapat cuti 2 hari setiap minggu kan lagi-lagi kalau dapat luangkan masa bersama adik beradik, mak ayah , anak-anak saudara semua. Alhamdulillah boleh dikatakan setiap bulan adik beradik nieyl ambil peluang dan manfaatkan masa cuti sebaiknya untuk berkumpul bersama setiap bulan.
Abg nieyl ada seorang ni memang kaki pancing dalam seminggu tu boleh dikatakan hari-hari lepas kerja pergi mancing kolam. Bila dapat ikan tu dia akan kumpul, hari sabtu atau ahad dia akan ajak buat bakar-bakar. Buat collection 1 family RM10 untuk beli ayam dan bahan untuk air asam, beli ulam-ulam, bancur air sejuk dan panas.
Sebahagian ayam yang sedang dibakar, bahan perapan yang digunakan hanyalah sos blackpaper sahaja di perap semalaman.
Ikan keli bakar ni banyak separuh kita buat makan tengah hari, sebahagian dari tu simpan untuk masak lemak cili api esok harinya.
Menu lain yang menjadi pelengkap makan tengah hari nieyl sekeluarga, nasi putih, sambal belacan, air asam, ulam (dlm gambar tak ada), ada salad, timun, ulam raja, daun salon dan peria.
Menu yang simple bila makan beramai-ramai seronok. Semoga aktiviti seperti ini boleh diteruskan di masa akan datang. Bergaduh adik beradik itu asam garam yang penting perlu ada sifat pemaaf. Air yang dicincang tidak akan di putus sampai bila-bila pun. ♥
wah..best ni nieyl..:)
ReplyDeletewuuuuuuuuuuuu dap dap dap, tergoda kami tengok ^_^
ReplyDeletefamily husband ammi pun gemar xtvt bakau2 ni..
ReplyDeleteWahh seronok tu niely! Dapat berkumpul ramai-ramai camtu
ReplyDeleteBahagianya kita bila adik-beradik sepakat macam ni.. bahagia juga mak dan ayah kita..
ReplyDeletewah...semua nampak sedap. tambah lagi makan ramai2...extra sedap.
ReplyDeleteSedapnya ikan bakar di bakar guna arang. Terasa sedapnya ni Nieyl
ReplyDeletebestnyaaaaa..
ReplyDeletewowww bakar bakar syoknyaaaa
ReplyDeletebest ni.
ReplyDeletein shaa Allah wiken ni kat rumah aida pun ada gathering dgn adik beradik.
pun tema bbq.
tak sabar :)
sedapnya lauk bakar2 dia.. kita nak bakar macam ni kat rumah tak boleh, berasap nanti rumah jiran. hahaha
ReplyDeleteAktiviti macam ni memang best..bagus diamalkan selalu baru la rapat ukhuwah kita dan keluarga kan...
ReplyDelete