11 July, 2019

Perubahan Taman Mini

Perubahan Taman Mini  | Lama rasanya tak update laman/kebun mini nieyl dengan korang. 2 minggu yang lepas nieyl ada share dah gambar taman mini nieyl yang terbaru dekat IG dan FB. Tapi hari ini nak share dekat blog pula. Kolan yang warna biru tu husband recycle arwah ayah mertua nieyl punya dulu, bawa balik ke rumah nieyl dia nak buat kolam ikan Koi dan air terjun.. Tapi time nieyl snap gambar ni air terjun belum siap lagi. 



Ikan Koi tu kan mahal sikit harga dia kan, jadi kami baru beli 12 ekor anak ikan Koi... InsyaÁllah kalau ada rezeki bulan depan ke kan nak beli yang sederhana punya, kalau tak silap nieyl harga dia seekor rm28, lagi besar lagi mahal. Kalau ikut husband nieyl sekurang-kurangnya nak kena ada 30-40 ekor dalam kolam tu..baru cantik dia kata.. ha..nanti bila dah penuh dengan ikan nanti. Nieyl tunjuk dekat korang yaaa 

7 comments:

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)