05 July, 2019

White Oreo & Dark Drizzle Mini Pretzel

White Oreo & Dark Drizzle Mini Pretzel | Tahun 2019 adalah tahun yang paling sedikit nieyl buat kuih raya tau. Kalau tahun-tahun lepas siap buat extra jual dekat adik beradik lagi. Tahun ni sememangnya mood nak buat biskut raya ke laut betul, tapi kebetulan mak nieyl baru sebulan operation jantung masa tu, dia pun dah cakap tahun ni tak payahlah buat kuih raya sebab mana nak jaga mak, mana nak buat kuih kan.. Baiklah saya yang menurut perintah ibuku..hihihi..

Disamping memang tak buat kuih raya tu, Alhamdulillah rezeki Allah beri.. nieyl dapat biskut raya dari kakak officemate nieyl yang paling nieyl sayang. Kalau tak silap nieyl, every year kakak tu akan beri nieyl biskut raya. So, untuk tahun ni dia kasi nieyl biskut raya moden..

White Oreo & Dark Drizzle Mini Pretzel nama di beri, ha..kalau nak disebutkan tu terbelit lidah ni ha..anyway biskut tersangat la comel korang tahu, adalah besar sikit dari duit 50 sen kita tu, kalau makan tu sekali ngap je dalam mulut hihihi..tapi sedap dia celup ngan white coklat pastu oreo...



Instagram : @atiqahhussain
Whatsapp : 013-6841727

6 comments:

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)