18 July, 2019

Bila Anak Di Serang Sawan Demam

Bila Anak Di Serang Sawan Demam | Last week anak buah nieyl Raisya kena sawan tarik sebab suhu badan terlampau tinggi. Memang terkejut sebab sehari sebelum kena tu dia tak ada tanda-tanda demam ataupun badan dia pun tak ada rasa panas. Bila buat pemeriksaan di Klinik Kesihatan suhunya tinggi, terus klinik hantar ke hospital serdang. Menurut doktor di kecemasan, dalam tempoh 24 jam berkemungkinan akan terjadi lagi sawan. Malam tu juga masa dalam wad, sekali lagi raisya kena sawan , terus nurse bawa pergi kecemasan zon merah..Suhu 39 sangat berbahaya.


Doktor ambil darah, untuk pemeriksaan lanjut so far keputusan darah semuanya bagus tak ada masalah. Cuma demam on off on off semalam 3 hari kena warded dan on antibiotik. Masuk hari ke-4 Alhamdulillah, Raisya dah baleh balik rumah..


Balik kerja hari jumaat lepas, nieyl terus ke hospital serdang melawat raisya..Ibu dia kata dari pagi merengek, tak nak minum susu, tak nak makan.. Bila nieyl datang, layan dia, main dengan dia..baru lah dia nak ketawa, gelak² senyum², banyak minum air...kalau tak, langsung tak ceria.


Kalau dalam family, bukan dengan semua orang dia nak..Biasanya selain Ibu ngan ayah dia, abg nieyl no 5 dan isteri dia dan nieyl je yang raisya nak..yang lain, dia tak nak..Sebab tulah selain Adam, putri, Ellsa, Raisya ni lah tempah nieyl curahkan kasih sayang.

Ok, dekat sini nieyl nak share perkara penting yang perlu ibu bapa jika anak di serang sawan demam sebagai pengetahuan.
  • Jangan terlalu panik, buat tindakan pantas
    Sesiapa sahaja jika terjadi, pastinya akan panik tetapi cuba kawal perasaan dan fokuskan pada cara mengelakkan tempoh sawan daripada berlanjuta
  • Alihkan anak ke tempat selamat
    Pastikan tiada objek keras yang boleh menyebabkannya terhantuk atau cedera. Terus menunggu dan jangan tinggalkan anak
  • Posisi mengiring ke kiri
    Letakkan anak dalam posisi mengiring ke sebelah kiri untuk mengelakkan anak dari tersedak atau tercekik air liur, muntah, lendir atau sebarang lendir. Jangan cuba untuk mengawal pergerakkan anak sewakti serangan sawan kerana tindakan ini barangkali akan mencederakan otot atau tulangnya
  • Jangan sesekali masukkan sebarang objek ke dalam mulut
    Perbuatan memasukkan sudu atau objek keras ke dalam mulut tidak sepatutnya dilakukan kerana dikhuatiri menyebabkan objek patah dan sekaligus lebih membahayakan anak. Selain itu jangan paksa anak minum air ataupun sebarang ubat-ubatan .
  • Perhatikan keadaan anak
    Catatkan tempoh dan tanda perlakuan anak ketika diserang sawan. Sebolehnya terus bawa anak ke hospital serta merta
  • Ia boleh berulang
    Risiko untuk berlaku lagi lebih tinggi jika ada sejarah mengalami sawan demam pertama berlaku pada umur kurang daripada 1 tahun. Tambahan, hampir separuh daripada kes sawan demam akan berulang dalam tempoh 6 bulan selepas kes pertama.
  • Peka pada suhu badan anak
    Salah satu usaha untuk mengawal daripada berlaku adalah dengan mengawal suhu badan anak. Semak suhu badan mereka dari semasa ke semasa dan lakukan teknik sponging untuk megelakkan suhu badan menjadi terlalu tinggi.



10 comments:

  1. Huhuhu...cian Raisya

    Auni hr tu jd pon dh panik xtau nk ckp...mnta2 x jd lg mcm ni

    ReplyDelete
  2. Syafaakillah, semoga dikurniakan kesembuhan yg segera.

    ReplyDelete
  3. terima kasih atas tips ni, berguna untuk ekin di masa akan datang.. semoga menjadi anak yang kuat 😭😭 risau jugak, kecik2 lagi

    ReplyDelete
  4. Good sharing. Moga anak saudara Neiyl dah sembuh seperti biasa.

    ReplyDelete
  5. ada tengok movie omputeh dia kena sawan mengiring ke kiri and biar je dia cool down sendiri sebab diorang tengah camping masa tu.

    Alhamdulillah Raisya dah sembuh, comel je dia senyum

    ReplyDelete
  6. takut bila dgr anak2 kena sawan ni. Alhamdulillah Raisya dah sembuh.

    ReplyDelete
  7. risaunya kalau anak2 kena sawan...memang kena bagi perhatian lebih la

    ReplyDelete
  8. get well soon baby. sedih kalo anak kecil tak sihat.

    ReplyDelete
  9. moga anak buah nieyl terus sihat ye.
    kena hati2. sawan ni byk mudarat nyer. aduhai.
    anak2 aida alhamdulillah masa kekecik, xde demam sampai sawan.
    awal2 demam, aida da heboh anta klinik, nieyl.
    yes la, kita ibu bekerja kan. if dia terus2an sakit, kita juga yg susah nak ngadap bos.
    dlm masa yg sama, nak elakkan demam tu melarat, menjadi virus.

    ReplyDelete
  10. moga anak buah nieyl terus sihat ye.
    kena hati2. sawan ni byk mudarat nyer. aduhai.
    anak2 aida alhamdulillah masa kekecik, xde demam sampai sawan.
    awal2 demam, aida da heboh anta klinik, nieyl.
    yes la, kita ibu bekerja kan. if dia terus2an sakit, kita juga yg susah nak ngadap bos.
    dlm masa yg sama, nak elakkan demam tu melarat, menjadi virus.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)