Photobooth Raya 2019 | Mesti pernah terjadi pada korang kan, bila kita dah plan lain terjadinya benda lain kan.. Bukan salahkan orang tapi salahkan diri sendiri sebabnya draf nak warna lain bila sampai kedai rambang mata nak tukar warna lain hahahaha.. Itulah yang terjadi time nak buat decoration photobooth raya hari tu.
Kalau korang nak tahu, asalnya backdrop tu hanya warna hijau turquoise, bila dah sampai kedai kain bertukar warna purple gold pulak..hahaha.. sebab itu la orang perempua ni tak boleh pergi kedai kain. Ini lah jadinya. Tapi bila dah siap, not bad la kan dalam gambar sangat cantik sebab warna dia terserlah. Ramai yang bergambar dekat photobooth idea nieyl ni...Alhamdulillah... Ini untuk photobooth Jamuan Raya bahagian nieyl.
Ini lah photobooth raya simple yang dapat nieyl fikirkan dalam masa yang singkat ya.. preparation pun memang tersangat singkat. Nasib baik ada yang sudi membantu melancarkan lagi preparation.
Bila tengah sibuk ke sana ke sini buat kerja , time tu la juga gambar ni kena snap..hampeh betul..abaikan muka nieyl tu..aduhai...sabar je la..
Nieyl banyak guna barang-barang deco yang sedia ada hanya pelbagaikan susunan sahaja. Jimat, tak perlu membazir beli-beli baru kan..
********************************************************
Yang ini pun bidang terjun juga, kena deco gerai roti jala untuk jamuan jabatan. Setiap bahagian wajib ada 1 gerai. First nak cakap deco yang dibuat ni, bukan untuk menang pertandingan tau...ini orang kata asalkan ada je... kalau nak menang gerai tercantik perlukan masa la..ini 4 jam punya idea hahaha...guna apa yang ada je..
Bila kau ada 4 jam nak siapkan deco gerai, memang tak ada masa nak pegang hp ..ini pun kakak opismate yg panggil² snap..Kalau tak, memang tak ada gambar kenangan pun..Ini tahun pertama nieyl terlibat dengan deco jamuan raya jabatan dan bahagian.. Selalunya nieyl lebih tumpukan deco untuk gerai cawangan nieyl...
Wahhh kreatif
ReplyDeletebidan terjun pun nampak cantik la. kreatif dah ni
ReplyDeleteMeriahnya sambutan raya. Kreatif nieyl walau pun last minute.
ReplyDeleteplan lain jadi lain tu memang selalu sangat.. selamat hari raya hehe
ReplyDelete