Intro]
Magic Potion in the compound
[Chorus: Ismail Izzani]
Tuhan tolong ampunkan dosa-dosaku
Ku berserah, kepadamu
Jika salah silap, puncanya aku
Berserah, kepadamu
Tapi ni pilihanku
[Verse 1: Zizan Razak]
(ay)
Sesamar malam
Nampak kelibat balik bambu
Terdengar berlagu keliru, pungguk atau hantu
Atau mungkin aku yang masih lagi ragu-ragu
Hingga terbalik baju, masih jumpa jalan buntu
Satu dua kali salah, ada peluang lagi
Tapi jadi tiga kali mana lagi mahu lari
Banyak hati ku sakiti, dan janji yang diubah
Bukan bersama Jebat walau gaya tolak Tuah (ay)
Bukannya tak sedar aku kekhilafan
Kadang ku digugat untuk baiki kesilapan
Jadi alang-alang nekad, ku sorokkan hakikat
Biar aku berserah kalau neraca ku diangkat
[Chorus: Ismail Izzani]
Tuhan tolong ampunkan dosa-dosaku
Ku berserah, kepadamu
Jika salah silap, puncanya aku
Berserah, kepadamu
Tapi ni pilihanku
[Verse 2: Zizan Razak & Both]
Tiada benci yang kekal
Tiada kasih yang kekal
Penghujung tak sempurna bila cinta sukar tekal
Dibolak balik pasti
Dimainkan emosi
Diorak arik dalih
Menghalal yang tidak boleh
Makin hari makin aku dapat lihatkan dejavu
Indah yang dirasa berbeza tak macam di lagu
Rawan mencengkam hati, disalah dan dicaci
Aku berdosa lagi demi kau yang kekal suci
Jadi selagi ada nyawa jangan siapa hukum aku
Selagi ada nyawa, taubat itu hak aku
Jangan nak berdiri 'tara aku dan pencipta
Itu saja yang ingin ku pinta
[Chorus: Ismail Izzani]
Tuhan tolong ampunkan dosa-dosaku
Ku berserah, kepadamu
Jika salah silap, puncanya aku
Berserah, kepadamu
Tuhan tolong ampunkan dosa-dosaku
Ku berserah, kepadamu
Jika salah silap, puncanya aku
Berserah, kepadamu
Tapi ni pilihanku
Menarik..
ReplyDeleteLagu ni memamng sedap! banyak maksud tersirat pulak tu
ReplyDeleteKereta Sewa Johor Bahru
before aida klik play, aida baca lirik dulu.
ReplyDeleteaduhai.
bagus.