Nak beli durian tapi takut kena tipu | Ya Allah sekarang ni pergi mana-mana tepi jalan banyak gerai-gerai yang jual buah durian. Di kawasan rumah nieyl sepanjang nak menghala ke rumah tu ada lebih kurang 4 gerai tepi jalan yang jual. setiap gerai ni ada jual pelbagai jenis durian. Antara yang nieyl pernah makan durian kahwin, durian kampung, durian kunyit dan lain-lain lagi.
Harga durian sekarang ni pun boleh tahan juga bukanlah kata murah sangat tapi masih ada lagi yang mampu milik la. Dalam pada itu kalau dah mahal, kalau boleh nak lah isi dalam pun cantik la..tapi pernah tak korang beli durian, bawa balik..isi dia tak berapa nak ok? Rasanya kita semua pernah je mengalami situasi macam tu. So, nieyl nak share beberapa tips yang mungkin kita boleh gunakan bersama.
- Duri - kata orang dulu-dlu cari duri yang panjang, besar dan tumpul. Sebab isinya mesti masak elok.
- Bau - kalau durian tu berbau kuat dan manis, isinya berkualiti, berbanding kalau kurang bau,isinya masih muda.
- Bentuk - Orang kata kalau bentuk bulat, isi dalam tebal, manakala kalau longjong, isinya agak kecil dan rapat
- Kulit - Pastikan kulit durian tidak buruk ataupun luka, kalau ada berkemungkinan isi dalam dah busuk atau tidak elok.
- Tangkai Buah - Jika tangkai masih berwarna cerah,maksudnya itu buah yang fresh dan baru.
- Goncang Buah - ini selalu nampak penjual goncang-goncang buah durian, rupanya kalau ada dengar bunyi tanpa buah tu dah masak.
- Makan je dekat kedai - hahaha..ini nieyl selalu buat juga sebab jarang nak bawa balik ni, lebih puas makan dekat kedai, kalau buah rosak , penjual akan tukarkan yang baru..yeayyy
Tak sabar nak paw en.husband durian hari gaji nanti, dah terliur nak makan durian lebih-lebih sikit hehehe..
sedapnya durian
ReplyDeleteaida & asben x pandai sgt, nieyl.
ReplyDeletesebab tu kami x pernah beli, bwk balik.
gi kedai, spend masa utk terus makan situ.
buka, elok, kami byr & makan.
if not, tukar.
bukannya pe, betul kata nieyl, harga mahal.
bila balik buka dan x dpt makan, frust. kita bukan la have have kan.
adeh tengok gambar dah telan air liur!
ReplyDeletebanyak kali jugak kena bayo mahai tp isi dalam tak elok.. tp aritu mak beli durian guna tips bentuk durian tu, memang elok duriannya.. 4 biji durian ioi rm85 tp isi banyak dan elok, ada sebiji tu siap berlapis lagi isinya.. memang puas hati..
ReplyDeleteSemalam akak beli 2 biji durian kat cina kat area rumah..memang tau durian tu baru gugur sebab cina tu akan belah dulu bagi kita tengok..bukan belah sikit tau..belah betul2 then katup balik...memang puas hati walau sedikit mahal RM15 per kg...
ReplyDeletehaishhh..gambar doyan ni buat diri sendiri kecur air liur. kuning sangat isi nya tu :-)
ReplyDeleteHusband sha pandai pilih buah sebab dulu dia pernah meniaga Durian.. Tapi jarang beli sebab harga boleh tahan jugalah..
ReplyDelete