17 July, 2019

Attend Wedding Anak Boss Di Nilai 3

Attend Wedding Anak Boss Di Nilai 3 | Lepas habis bulan Syawal, bermula episode makan lauk kenduri pula. Dah start dah orang buat kenduri kahwin , nieyl sempat pergi wedding anak boss tempat kerja nieyl. Biasalah kalau pergi kenduri jumpa kawan-kawan pejabat makin riuh dibuatnya. Nama je satu pejabat, satu bahagian tapi nak jumpa tu memang susah sebab kalau tak ada urusan memang tak berjumpa.  Bila kenduri-kenduri macam ni lah peluang nak bergambar dan beramah mesra gituu.. nak balik tertangguh-tangguh..hehehe


Ambil peluang bergambar dengan anak kak naz, medina.. Yang lain-lain tu tak pernah pagi jumpa Medina. Tu yang masing-masing excited tu dengan kecomelan dia tu..bam bam dia...


Kenangan bergambar dengan kak faezah, mak kepada farah Af2..dah lama pencen, bila majlis-majlis ni baru dapat jumpa kembali sekian lama..wajib bergambar sebagai kenangan..


Ini kawan-kawan opismate nieyl , kami duduk satu meja dekat dengan meja VIP..hihi..abaikan banyak pinggan di atas meja tu ya...itu baru 2 jam tu.. Meja kitaorang tu tak ada orang yang nak datang duduk sebabnya dekat dengan VIP dan jauh sikit dengan makanan..Jadi, memang kami je duduk situ sampai balik ...hehehe..



Sebelum pulang, ambil gambar kenang- kenangan bersama boss dan juga pengantin. Semoga terus berbahagian hingga ke jannah...InsyaÁllah Amin...


Bersama MC majlis , bidang terjun juga katanya. Apa-apa pun terbaik dan semuanya berjalan dengan lancar dan teratur sepanjang majlis berlanggung. 


Kenangan 4 sekawan sama rendang sama comel..hehehe..semua ni pangkat kakak kepada nieyl, kira nieyl ni adik paling bongsu gituuu...hehehe..jeles tengok kak zura dah makin kurus dah..adoi...kita ni bila nak teruskan diet ni..

Ok jumpa next entry :)


7 comments:

  1. Jumpa ramai-ramai best bersilaturrahim ;D

    ReplyDelete
  2. Betul tu bila kenduri weddinglah time nak bergambar bebanyak.
    Lagipun wajib memenuhi jemputan kalau yang dijemput tiada sebarang aral melintang

    ReplyDelete
  3. macam sesi gathering & get together yer....tapi memang best bila pi kenduri beramai-ramai.

    ReplyDelete
  4. selamat pengantin baru buat anak boss neieyl, seronok makan kenduri ni kak ana pun suka pii hehe :)

    ReplyDelete
  5. happening lah bila sesekali ke majlis gini, kan.
    jumpa kawan2 lama.
    senior and junior.
    surely byk borak citer lama, kan :)
    esok aida bakal attend wedding anak ofismet lama. dah pencen.
    tapi masih ingat aida.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)