03 July, 2019

Teega Crispy Brownies by Teega

Teega Crispy Brownies by Teega | Ya Allah lama sangat menyepi rasanya kan. Banyak halangan dan rintangan sepanjang bulan syawal ni. So, ini pun gigih mencari masa untuk update juga blog kalau tidak nanti, nieyl akan jadi lupa diri dan lupa tanggungjawab yang di amanahkan.. Masih ada lagi beberapa review yang pending ni, sebab musin raya ni memang tak sempat-sempat nak memikir dan menaip entry yang panjang-panjang. 

Ok dah² cukuplah tu kata-kata pembuka ya..hihihi.. Tahun nie macam nieyl bagitahu korang, nieyl tak sempat nak membaking kuih raya seperti tahun-tahun yang lepas, jadi nieyl ada dapat beberapa kuih raya dari insan tersayang. Jadinya, nieyl nak share dekat korang mana lah tahu akan datang korang nak order juga untuk dihadiahkan pada teman-teman.


Selalu kita makan brownies berbentuk kek kan yang ini jenis cookies, serius sangat sedap sebekas tu nieyl makan tak sampai sehari dah habis, siap cari contact pengedar untuk beli lagi..hihihi.. Memang makan cookies brownies ni tak sedar, tahu-tahu je dah habis sebekas. Kepada yang rajin buat brownies tu cukup korang buat cookies pula..


Teega Crispy Brownies ini menggunakan chocolate premium yang rangup diluar cair didalam mulut sangat mengasyikkan.Aroma chocolate yang mengoda buat setiap kunyahan menjadi begitu bermakna ditambah pula dengan crunchy nut ..yumyum...

Facebook : Teega Food
Website : Teega Food
Instagram : Teega HQ







3 comments:

  1. nampak sedap,nieyl.
    kakak aida buat biskut brownies ni tau.
    kami panggil biskut negro :)
    asalnyer anak-anak la.
    "kenapa biskut mak long ni itam sgt, mcm negro" :) ha ha ha ha ha...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)