Showing posts with label kuih raya. Show all posts
Showing posts with label kuih raya. Show all posts

03 July, 2019

Teega Crispy Brownies by Teega

by on July 03, 2019
Teega Crispy Brownies by Teega | Ya Allah lama sangat menyepi rasanya kan. Banyak halangan dan rintangan sepanjang bulan syawal ni. So, ini pun gigih mencari masa untuk update juga blog kalau tidak nanti, nieyl akan jadi lupa diri dan lupa tanggungjawab yang di amanahkan.. Masih ada lagi beberapa review yang pending ni, sebab musin raya ni memang tak sempat-sempat nak memikir dan menaip entry yang panjang-panjang. 

Ok dah² cukuplah tu kata-kata pembuka ya..hihihi.. Tahun nie macam nieyl bagitahu korang, nieyl tak sempat nak membaking kuih raya seperti tahun-tahun yang lepas, jadi nieyl ada dapat beberapa kuih raya dari insan tersayang. Jadinya, nieyl nak share dekat korang mana lah tahu akan datang korang nak order juga untuk dihadiahkan pada teman-teman.


Selalu kita makan brownies berbentuk kek kan yang ini jenis cookies, serius sangat sedap sebekas tu nieyl makan tak sampai sehari dah habis, siap cari contact pengedar untuk beli lagi..hihihi.. Memang makan cookies brownies ni tak sedar, tahu-tahu je dah habis sebekas. Kepada yang rajin buat brownies tu cukup korang buat cookies pula..


Teega Crispy Brownies ini menggunakan chocolate premium yang rangup diluar cair didalam mulut sangat mengasyikkan.Aroma chocolate yang mengoda buat setiap kunyahan menjadi begitu bermakna ditambah pula dengan crunchy nut ..yumyum...

Facebook : Teega Food
Website : Teega Food
Instagram : Teega HQ







29 June, 2018

Biskut chocolate chip paling mudah

by on June 29, 2018
Selamat Hari Raya semua! Masih lagi bulan raya kan, aduhai lambat rasanya nak dapat mood menulis blog kembali. Tak apa kita start dengan benda yang manis-manis dan sedap. Walaupun hari raya masih berbaki lebih kurang 2 minggu ni, masih sempat lagi nak restok kuih raya dekat rumah tu.

Petang yang mendung ni nieyl nak share resepi biskut chocolate chip paling mudah dan senang yang boleh korang buat bersama anak-anak di rumah. 

Bahan-Bahan

1 1/2 cawan gula perang
1 cawan mentega 
1 cawan minyak masak
1 biji telur
1 sudu besar susu segar
4 cawan gandum * secubit garam*
1 sudu kecil cream of tatar*
1 sudu kecil baking soda*
1/2 cawan walnut cincang
2 cawan chocolate chip
1 sudu kecil esen vanila


Cara-Caranya 

Ayak dulu bahan yang bertanda *
  1. Pukul gula.mentega.minyak,telur,susu dan esen vanila
  2. Masukan bahan yang di ayak
  3. Masukkan chocolate chip, walnut gaul sehingga sebati
  4. kemudia boleh cubit mengikut size yang korang nak atas dulang
  5. Bakar dalam oven 110 darjah selama 20 minit ( suhu bergantung pada oven masing-masing ya)


Selama Mencuba..

19 June, 2017

Resepi chocolate chip versi nieyl

by on June 19, 2017
Chocolate chip versi nieyl |  Antara salah satu kuih raya yang wajib ada dalam balang kuih rumah. Cookies banyak versi tapi tahun ini nieyl buat yang paling simple,sedap dan cepat. So,korang pun yang mana rajin masih ada masa lagi ni kalau nak buat..hihihi..last week nieyl buat 2 adunan dapat lah 2 balang besar. Lepas tu, MIL nieyl request nak 1 balang,jumaat malam tu walaupun tak berapa nak sihat..Alhamdulillah..dapat juga buatkan 1 balang untuk MIL..




Bahan-bahan

7 Cawan tepung gandm
2 Buku Butter
1 1/2 cawan gula putih (nieyl kurangkan sikit)
1 1/2 cawan gula perang
1 sudu kecil baking powder
1 sudu besar empleks
1 sudu kecil esen vanila
3 biji telur kuning
Chocolate Chip 1 paket
Add-on (badam hancur/ceri/kacang)terpulang

Cara-caranya

  1. Pukul butter bersama gula putih,gula perang dan kuning telur + esen Vanila
  2. Masukkan tepung + empleks + baking powder + Chocolate Chip = Gaul
  3. Bila dah sebati semuanya, boleh la cuit-cuit susun dalam loyang tapi pastikan loyang disapukan dengam butter sedikit ya supaya tidak melekat nanti..
  4. Suhu dalam 150-250 bergantung kepada oven masing-masing okay..bakar selamat 15-20minit.
  5. Selamat mencubaaaa


07 July, 2015

Persiapan Raya : Kuih raya popular katanya

by on July 07, 2015
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Boleh tarik nafas lega sikit..
baru lepas call rhb untuk follow up report yang buat malam tadi...
so,orang tu kata dlm report tu pun pegawai mlm td dah tulis urgent..refund secepat mungkin..
hopefully,sebelum raya dapat laahhhh...doakan yea...
Nieyl teringat ada orang komen..tanya Tart Kuril dengan Romi Puratos tu kuih apa?
tak pernah dengar..hihihi...
Okey lah sebenarnyer kuih raya nieyl tahun nie adalah kuih raya SR..
Siapa SR tuh?
SR tu ialah Syarul Ridzwan..
Siapa dia?dia pelakon last drama Hati perempuan..
okey lah lagi senang TENGKU ZARIL :)

Setiap nama kuih raya dia..Ambil sempena nama watak² yang pernah die pegang..:)
Last week dia ada buka booth kat Vendeurfestival di MATRADE..
Memang beratur orang beli..pastu amek gambar lagi...sesak..
tapi nieyl special case..malas la nak beratur² nie..
so,delivery depan rumah aja..haha..TQ SR!
Okey nieyl beli 2 sahaja yang pasti paling WIN..
Tapi jujur dari hati tart dia paling sedap! tak rugi la beli...
sebab tu la ada yang beli berpuluh²..tapi agak² la..xkan nak hidang 2 kuih nie je kan...
so,nieyl ada beli beberapa kuih raya lagi...
pastu ade plan nak buat 2 jenis jugak..yang tu,nanti nieyl update lagi yea...:)

seindahcerita: dah tukar duit raya ke oulls?