03 July, 2019

Jatuh Cinta Dengan Safi Balqis Whitening Hydration Lotion Gabungan Penyegar Dan Pelembap

Jatuh Cinta Dengan Safi Balqis Whitening Hydration Lotion Gabungan Penyegar Dan Pelembab | Rasanya korang tahu nieyl salah seorang peminat tegar rangkaian produk safi, so nieyl berpeluang untuk mencuba keberkesanan produk safi balqis yang terbaru iaitu Whitening Hydration Lotion Gabungan Penyegar Dan Pelembab.  Nak tahu apa review jujur nieyl tentang produk safi balqis yang terbaru ni?teruskan membaca sampai habis okay.


Sekarang ini pun nieyl guna Safi Rania 2 in 1 , nieyl memang suka semua benda yang 2 in 1 sebab nieyl ni bukan seorang yang rajin belek-belek muka lama-lama kecuali kalau ada jerawat hahaha.. Lagipun kalau benda yang 2 in 1 ni mudah kita nak bawa 1 je merangkumi 2 benda. Mengurangkan berat beg untuk travel. 

Awal Ramadhan yang lepas, kulit nieyl mengalami kekeringan di bahagian tulang pipi kiri dan kanan. Serius time tu memang panik la sebab memang kalau rasa dengan jari, terasa kasar dan kering. Setiap malam nieyl akan pakai mask nak kasi kulit muka lembab tapi tak berapa nak berjaya sehingglah Safi kirimkan safi balqis whitening Hydration Lotion Gabungan Penyegar Dan Pelembab memang tetap pada masanya. Tanpa tunggu lama lagi, terus nieyl cuba selama seminggu. 

Alhamdulillah masalah kulit kering dibahagian tulang pipi nieyl tu dah hilang dan kini kulit nieyl lebih lembut dan tidak lagi ada masalah kulit kering.. Nieyl amalkan pakai Whitening Hydration Lotion Gabungan Penyegar Dan Pelembab ini selepas cuci muka dan sebelum pakai make up. Jadi, pelembab ni dia boleh mengawal minyak dan muka sentiasa nampak flawless dan glowing. 


Safi Balqis Whitening Hydration Lotion adalah gabungan formulasi penyegar dan pelembap dalam satu botol untuk penjagaan kulit yang memberikan kesan lembapan yang optimum. Selain itu, ia memberikan 2x penghidratan dan kesegaran dengan satu penggunaan sahaja. Ia juga mengandungi 5 jenis Hyaluronic Acid 
  • Macro Hyaluronic Acid
  • Nano Hylyronic Acid
  • Bio- Hyluronate
  • Oligo-Hyluronic Acid
  • Super Nano Hyluronic Acid
Whitening Hydration Lotion Gabungan Penyegar Dan Pelembap ini sangat mudah meresap ke dalam kulit tanpa meninggalkan kesan melekit. Ia juga mencerahkan kulit akibat radiasi infrared dengan pelindung. 

Cara menggunakannya mudah sahaja, bersihkan muka dengan pembersih muka, sapukan Whitening Hydration Lotion di seluruh muka dan dap dap kan sehingga meresap. Kemudian boleh relax tengok tv ataupun pakai foundation kalau nak make up. 

So, sekarang ini Safi Balqis Whitening Hydration Lotion sudah menjadi salah satu skin care yang wajib ada dalam senarai rutin harian nieyl. So, kalau korang selalu tanya macam mana nieyl jaga kulit muka tanpa jerawat dan sentiasa bersih.. Salah satunya korang kena pakai satu-satu produk itu secara konsisten baru dapat result yang korang nak. Jangan guna separuh jalan sahaja, lepas tu salahkan produk..itu salah ok.. Selamat Mencuba!

4 comments:

  1. bagus ni 2 in 1 senang pakai dan senang bawa p travel

    ReplyDelete
  2. Kita pun jatuh cinta juga dengan safi baru ni. Segar dan lembat kulit lepas pakai.

    ReplyDelete
  3. ramai yg review ni.
    best best semua review.
    terbaik la safi, semakin maju dan bagus.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)