20 June, 2019

Cara Yang Betul Bancuh Susu Formula Untuk Anak

Cara Yang Betul  Bancuh Susu Formula Untuk Anak | Rasanya ramai dikalangan kawan-kawan dan pembaca blog nieyl ni yang mempunyai anak yang masih lagi menyusu menggunakan susu formula. So, nieyl ada terbaca artikel mengenai cara yang betul untuk membancuh susu formula. Nieyl sama macam korang juga kalau buat susu, akan masukkan air panas terlebih dahulu kemudian baru la air kosong. 

Rupanya cara ini boleh mendatangkan mudarat kerana ia boleh menyebabkan pembebasan bahan kimia ke dalam susu tersebut. Dalam satu kajian oleh Scott Belcher dari Kolej Perubatan, Universiti of Cincinnati mendapati air yang mendidih menyebabkan bisphenol A (BPA) tersebar ke dalam minuman 55 kali lebih cepat berbanding air pada suhu yang lebih rendah.

Gambar hiasan. (Imej: NHS.uk)

Dibawah ini merupakan cara-cara membancuh susu bayi dengan betul dan selamat.
  1. Masukkan air masak yang telah disejukkan ke dalam botol susu bayi.
  2. Masukkan air panas sedikit demi sedikit sehingga mencapai isipadu yang diperlukan pada suhu optimum. Sebaiknya, air tersebut mestilah berada pada suhu 70 darjah celsius, suhu optimum untuk membunuh bakteria dalam masa sama tidak merosakkan nutrisi susu tersebut.
  3. Tambah susu mengikut sukatan disarankan pengilang menggunakan sudu yang diberi. Sukatan susu yang berlebihan boleh menyebabkan bayi sembelit manakala sukatan yang kurang daripada saranan akan menyebabkan bayi tidak mendapat nutrisi yang cukup.
Semoga perkongsiaan ini dapat sedikit sebanyak membantu kita membetulkan cara-cara yang biasa kepada yang BETUL...


9 comments:

  1. sekarang biasa buat untuk anak buah dah. memang kene ikut sukatan. nanti mak ayah dia marah hehe

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah. cara aida betul.
    aida akan masukkan air biasa dulu.
    then air panas. then susu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis bleh nurul tnya..nurul biasa buat susu dengan tuang air panas dlu baru tuang ait suam air botol den baru susu..atu cara salah kah?pasal berat anak pun tidak berapa naik bh..dri anak pertama smpai k3 bdan tidak menjadi bah..

      Delete
    2. tq komen..

      honestly, saya tak pasti kalau cara yg salah atau btl bancuh susu akan mempengaruhi berat badan anak-anak. Cuma untuk cara yang btl bancuh susu yang saha share , nurul juga boleh rujuk di artikel ini http://archive.sinarharian.com.my/karya/entri-blog/tuang-air-panas-dulu-cara-salah-bancuh-susu-1.460055

      Delete
  3. Baru tau cara dia. Kena air sejuk dulu ye. Selalu air panas kita letak dulu. Hehe

    ReplyDelete
  4. akk kadang-kadang nk cpt belasah je hehehe

    ReplyDelete
  5. Memang buat bagi suam2 sbb kalau panas nutrisi susu hilang..

    ReplyDelete
  6. dulu memang masuk kan susu dlm air suam...betul la kan?

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)