13 June, 2019

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri | Lamanya cuti menulis weh, sampai rasa dah terlupa yang diri ni seorang blogger suam-suam kuku. Bila dah cuti panjang, nak dapatkan kembali mood untuk kembali menulis tu Ya Allah rasa macam ada tali tarik-tarik tangan dan jari-jari ini daripada menaip kekeke.. Over ko punya perumpamaan nieyl oiii...

First sekali nieyl nak susun 10 jari memohon ampun maaf kepada semua kawan-kawan, kakak-kakak, adik-adik, abg-abg sekapal dalam dunia blogging ni. Kepada pembaca eh ada ke?Insya'Allah ada kan, selamat hari raya aidilfitri.. Setiap perkongsian dan cerita dalam blog ini tidak ada kena mengena dengan sesiapa pun, ianya adalah pengalaman, perkongsian perjalanan hidup dan perkongsian ilmu yang ikhlas dari hati. Terima kasih sebab singgah dan baca, kadang² tinggalkan komen..



Seperti tahun - tahun sebelum ini, nieyl dan husband sistem penggiliran kami tetap sama sampai bila-bila Insya'Allah. Selepas sembahyang hari raya, nieyl akan ke rumah mertua nieyl (5min dari rumah) , untuk sesi bermaafan dan bergambar bersama adik beradik husband..cuma tahun depan mertua nieyl akan beraya di kedah di rumah adik ipar nieyl. Sebab adik ipar nieyl tahun depan turn raya belah husband dia. Selepas selesai bergambar, nieyl akan balik semula ke rumah nieyl untuk sesi maafan dan bergambar bersama keluarga besar nieyl. 


Sesudah selesai mengalirkan air mata, nieyl bersama semua keluarga besar nieyl akan berarak ke rumah jiran-jiran terdekat ( rumah wajib) .Seterusnya akan ke rumah nenek nieyl di Bukit Changgang dan seterusnya akan ke rumah makcik pakcik nieyl , kira-kira 1 syawal tu kami akan beraya sebanyak 13 -14 buah rumah..Rumah ni setaip tahun kami akan pergi..Selalunya maghrib atau kol8 baru sampai rumah..sungguh keletihan..


Tema untuk tahun ni nieyl pilih warna dark purple. Seperti biasa tema di tentukan mengikut baju nieyl. Kain raya tahun ni nieyl beli di Jakel tahun 2017 rasanya. hahaha... Tahun ini baru ada kesempatan pergi tempah weh..aduhai tapi oklah jimat duit kan kalau tak nak kena beli kain lagi, nak tempah lagi..mahal kot sekarang ni kan..Apa-apa pun nieyl suka kain dia berkualiti..kalau korang nak tahu dalam almari masih ada lagi 3 4 kain pasang yang belum di jahit..hahaha..siap² simpan untuk baju raya tahun depan kan..hahaha


Selamat Hari Raya Semua, 
Selamat kembali bekerja,
Rutin harian bermula kembali..
Open house setiap minggu..
Jamuan raya pun setiap minggu..


13 comments:

  1. selamat hari raya dear, maaf zahir batin!!! dari kami diperantauan..chewah sgt kan..
    he he he...bila nak raya ke bangkok? wah...

    ReplyDelete
  2. Selamat Hari Raya Nieyl! Kita sama team purple ;)

    ReplyDelete
  3. Selamat hari raya Neiyla ...
    Maaf zahir batin ..

    ReplyDelete
  4. Selamat Hari Raya.
    Sama la ...mencari mood menulis semula.

    ReplyDelete
  5. selamat hari raya maaf zahir batin, nieyl

    ReplyDelete
  6. salam lebaran
    selamat hari raya

    ReplyDelete
  7. Salam Lebaran Nieyl..
    Sha pun bergilir-gilir juga dulu tapi sebab dekat memang boleh pergi ke dua-dua rumah pada hari yang sama.. hehehe..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)