27 September, 2018

Taman Bunga dan Sayur Nieyl

Dah lama nak share dalam blog taman-taman bunga dan sayur sekitar kawasan rumah nieyl. First sekali nak bagitahu, pokok-pokok bunga dan sayur ini husband dan mak nieyl yang usahakan. Nieyl hanya menikmati keindahan dan beri pendapat je dekat mak dengan husband. husband nieyl jenis suka pokok-pokok yang hijau tanpa bunga. Manakala mak pula suka bunga orkid , bunga rose, bunga raya dan macam-macam jenis lagi la.. 


Ini bahagian depan rumah nieyl, rumah nieyl dengan adik beradik lain memang sebelah-sebelah je, so..depan rumah yang masih belum siap lagi tu rumah abg nieyl manakala tingkap yang banyak tu dulunya rumah mak nieyl sekarang ni jadi milik abg sulung nieyl, mak dengan ayah duduk dengan nieyl, nieyl jaga dieorang. 


Mak nieyl selain suka taman pokok bunga, dia juga suka taman sayur contohnya sekarang ni dia taman pokok cili api , bendir, kacang botol, terung , kangkung, pucuk manis. Alhamdulillah semua tamanan mak menjadi orang kata tangan mak ni sejuk tanam apa pun lah mesti menjadi. 


Macam pokok bendir ni dia senang hidup, sekarang ni setiap minggu nieyl akan petik bendir ni untuk masak, dan bagi adik beradik merasa termasuk juga jiran sebelah rumah nieyl pun dah merasa bendir yang mak tanam ni. Seronok rupanya kalau tanaman kita tu keluarkan hasil dan hasilnya dapat pula kita beri kepada semua orang rasa.

Selain tu juga mak nieyl ada tanam pokok daun kunyit, pokok pandan dan pokok daun kari. Sekarang ni nieyl minta mak tanam pokok daun sup dan bawang pula..Harapnya menjadi lah sebabnya tak perlu nak beli lagi kalau nak masak sup.

Berjasa pada tanah ni banyak nikmatnya. Husband dengan ayah nieyl ada plan nak bela ayam kampung dekat tapak tanah nieyl dekat cyberjaya. Doakan semoga projek dieorang tu berhasil dan berjaya ya..Amin....

7 comments:

  1. Part ni akak suka..akak baru je habis harvest pokok bendi..tengh gemburkan tanah dalam pasu lepas tu nak tanam pokok cili api plak..cili api pun mahal dah sekarang kan

    ReplyDelete
  2. Jadi jiran best ni hahaha. sama dengan Diah..suka tanam pokok sayur je, pokok bunga belum minat lagi

    ReplyDelete
  3. segar betul bendi tu.. baru sedap buat ulam..

    ReplyDelete
  4. alamak nieyl. best nyer bendi fresh.
    semlm aida gi beli bendi 2 kali tau. frust.
    bungkusan pertama semua tua!
    beli kali kedua kat kedai lain. alhamdulillah...
    buat bendi goreng cili. krup krap krup krap.
    nanti bila sampai time, aida nak jugak la test tanam bendi.
    tek pernah terfikir bendi.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)