Apa yang dikatakan Romantik Sunnah Nabi?
Sikap romantik adalah lahir dari hati yang penuh kasih sayang. Ianya melalui percakapan dan perbuatan hari - hari. Sikap romantik ini perlu dikekalkan sepanjang masa walaupun usia perkahwinan itu semakin hari semakin bertambah.
Pada yang telah dikurniakan anak-anak malah ada juga yang bercucu tidak wajar dijadikan alasan untuk tidak lagi bersikap romantik bersama suami mahupun isteri kita.
Cara mengekalkan sifat romantik
Menghias keseluruhan selalu dilakukan oleh isteri tapi jangan dilupakan untuk menghias bilik tidur untuk mewujudkan suasana romantik. Ini kerana apabila ianya di lakukan dengan kerap, suami akan sentiasa berasa gembira sehingga sikap romantik yang ada dapat disuburkan. Selain itu isteri hendaklah menjaga penampilan diri di hadapan suami dengan memakai pakaian yang menarik dan bau-bauan yang menyenangkan. Ha..tak adalah asyik bau belacan, bau ikan masin je sentiasa kan.
Mengungkapkan kata-kata cinta ketika berdua -duaan adalah perkara yang lazim di ucapankan. Ha..buat tak?Walaupun masing-masing sibuk dalam menjalankan tanggungjawab dalam kerjaya dan menguruskan rumahtangga, suami isteri hendaklah bijak mencari masa untuk berdua-duaan tanpa gangguan anak-anak.
Banyak cara yang boleh kita lakukan contohnya berikan sekeping kad ucapan yang mengandungi kata-kata romantik penuh kasih sayang, terutamanya isteri bila dia terima kad seperti itu Ya Allah rasa macam dunia ni dia yang punya. Rasa diri ini di hargai oleh suami. Menghargai pasangan kita, ada kalanya tidak perlu dengan barangan yang mahal-mahal, cukup sekadar ucapan terima kasih, ataupun luangkan masa untuk makan malam di restoran dan sebagainya.
Jika ada salah faham atau permasalahan dalam rumahtangga, jangan sesekali biarkan masalah itu beralaurutan sehingga lukanya meninggalkan bekas, cepat-cepat selesaikan sebolehnya jangan libatkan orang luar ataupun orang ketiga.
Romantik perlu dilahirkan melalui
Ciuman mesra - Memberi ciuman mesra kepada isteri seperti isteri mencium tangan suami ketika keluar bekerja dan baru pulang ke rumah. Ciuman adalah lambang kesetiaan, peniup semangat isteri dan suami meneruskan kehidupan. Begitu juga suami, boleh membalas ciuman di dahi isteri jadi..ada lah give and take suami dan isteri .
Ucapan- Selalu mengucapkan perkataan-perkataan yang menunjukkan kasih sayang kepada isteri dan suami . Contonya I love u , I miss U dan sebagainya..Boleh ucapakan ketika nak pergi tempat kerja ataupun outstation.
Panggilan - memanggil pasangan kita dengan panggilan atau gelaran yang disukai. Sayang ke, Ayang ke sebab panggilan yang simple begitu bermakna untuk isteri.
Usik mengusik - Sentiasa menjadikan suasana lebih romantik dengan usik mengusik dan gurau senda suami isteri. kadang-kadang bergurau senda ini lah boleh merapatkan hubungan suami isteri.
Berpegang tangan - Bagi yang masih berdua masih belum dikurniakan anak, pastinya sentiasa seiringan apabila di luar rumah dan sentiasa berpegang tangan atau lengan suami isteri. Bagi yang mempunyai anak masih boleh jalan seiringin bukannya seorang di hadapan dan seorang di belakang. Tak syoklah begitu kan. Suami isteri kalau boleh jalan seiring :)
Jauhi perkara-perkara yang boleh menyakitkan hati suami atau pun isteri. Kerana perkara seperti itu akan menjadi virus dalam rumahtangga lagi-lagi hati wanita yang sangat sensitif..
tips yang baik..boleh diamalkn bila dh kawin..opss..heheh
ReplyDeleteinsya Allah... klu ada jodoh >.<
ReplyDeleteLive Your Life to the Fullest!
Setuju..thanks sebab share ilmu yang berguna..husband and wife kena take note ni..kena sama2 bekerjasama..kalau satu pihak jer sure tak menjadi
ReplyDeletebetul tu :)
ReplyDeleteNak romantik tak semestinya baru kahwin je dan kalau boleh biarlah sampai bila-bila. Nice sharing awak
ReplyDeleteGud sharing. Thanks for sharing
ReplyDeleteselalunya bila dah ada anak memang susah la nak pegang tangan lepastu masing-masing mula hilang rasa sayang sebab lebihkan layanan kepada anak berbanding pasangan sendiri
ReplyDeleteaduh nieyl. lama da kot aida x beromantik! ha ha ha ha...
ReplyDelete