Dah lama sebenarnya nak buat girl hang out ni cumanya masa tidak mengizikan. Last week kebetulan semua cuti, bangun tidur nieyl terus dapat idea nak buat girl hang out ni terus whatsapp dalam group, lepas pergi jamuan makan jiran lama mertua nieyl dekat salak, kita pergi IOI City Mall Putrajaya. Lagipun dah lama nak bawa semua adik-adik pergi makan dekat Korean Cafe Hanbing. Nieyl dah kali ke-3 makan dekat sini.
Alamak..terselit seorang budak teruna dekat tengah-tengah tu. Putri tak nampak sebab tak muat dalam gambar..Tak apa,jap lagi nieyl share gambar putri amoi tu ya.. Macam ni lah kita orang kalau dah berkumpul, bergambar di mana sahaja.
Oh ya..kalau nak pergi cafe ni nasib-nasib lah, kalau rezeki baik...datang-datang je terus dapat tempat makan. Kalau nasib tak baik , korang kena Q panjang dekat luar sementara tunggu customer yang dalam habis makan. Ellsa tolong order makan menu kitaorang hari tu..
Sementara tunggu pesanan sampai, girl membawang bergurau senda sesama kami. Bukan sahaja dekat rumah bersembang gelak ketawa, dekat luar pun sama kalau orang tengok..macam lama tak jumpa padahal setiap bulan je jumpa.
Suka gambar candid acue ambil ni, time ni nieyl kacau ellsa selfie dengan mummy dia..sebab tu la keluar muncung itik tu..aduhai..ellsa muka masam sebab gambar maklong ada juga dlm skrin tu. Korean Dessert Cafe ini terkenal dengan Snow Ice dia yang tersangatlah halus. Kalau makan tu dia cair sendiri dalam mulut kita. Jom tengok apa yang nieyl order..
Blueberry Snow Ice Cheese ini kali ke-3 nieyl makan memang rekemen sedap, halus je ice dia topping ada buah blueberry, aiskirm vanilla dan potongan cheese yang lemak-lemak gitu.. Semangkuk ni korang boleh share 2 orang ataupun 3 orang. Kalau seorang tu nak habiskan agak mengah juga la melainkan kalau korang tahan sejuk..hehehe.. Harga RM26 sahaja
Ini pula nama dia Manggo Snow Ice , yang ini siapa suka makan buah mangga..try ni serius memang sedap kalau makan dengan mangga dia skali. Cuma nasib juga lah kadang-kadang mangga dia manis ,kadang tak berapa manis..topping sama juga ada aiskrim atas tu.. Harga RM26 sahaja
Dumpling goreng ni sedap kalau korang makan cicah la sos yang dia bagi tu, kalau nak makan tanpa sos pun boleh aje rasa dia ranggup dan disediakan juga salad campur yang di potong halus. Ellsa suka makan salad dia.
Kimbap dekat cafe banyak jenis nieyl ambil yang vetegtable punya sebab kimbap ini je yang nieyl boleh makan. Ambil 2 set kimbap ni habis licin..kekeke...Kimbap ni kalau nak sedap makan terus sekali dalam mulut, kalau gigit sikit² berterabur isi dalam dia..
Nampak tak betapa happynya Ellsa dapat makan snow ice, siap nak makan sendiri tu tak nak orang suapkan..Comot pun comot lah asalkan dapat makan sendiri ya Ellsa..
LG-75, West Wing,
IOI City Mal,
Putrajaya
IOI City Mal,
Putrajaya
+603 8940 5034
akak suka yg mango snow ice macam yg dekat Sopong tu sedap...ni pun buat akak terliur dah..hehe
ReplyDeletewah sedapnyaaaaaa
ReplyDeleteSedapnya ice cream dengan shushi tu
ReplyDeletebestnya! semua nampak sedap je! kat KK ni myra dapat makan BBQ Korea and Dubuyo je T___T
ReplyDeleteMyra | www.myrabeautydiary.com
Aduhaiiiii....memeleh terliur dah ni...sedap nampaknya tu...nanti nak terjah la...masuk wishlist dulu
ReplyDeletemeriah.. sedap2 menu :)
ReplyDeleteTerliurnya nampak !!
ReplyDeletewow. dessert yg ohsem! alhamdulillah...
ReplyDeleteaida x pernah makan lagi memana korean restaurant.
tak pandai lah hi hi hi hi...
teringin! byk baca blogger review pasal makanan korea.
tapi tu lah, melangkah masuk sendirian, tak pandai!