18 September, 2018

Cabaran 25 Hari Blogging : Tempat Makan BEST


Tiada tempat yang paling best selain rumah sendiri dan rasa masakan mak. hihihi. sorry kalau korang expect nieyl share tempat makan luar ya. Sebab pada nieyl rumah sendiri atau rumah mak adalah tempat makan yang paling best dari yang lain-lain. Husband nieyl pun memang seorang yang tidak cerewat dalam bab makan ni, apa yang di masak itulah yang dia akan makan. Dan jarang nak makan dekat luar sangat.

Andai kata nak keluar jalan-jalan atau shopping lepas Zohor, biasanya nieyl akan masak terlebih dahulu dan kitaorang akan makan sebelum keluar rumah. So, kalau shopping ke jalan-jalan tak ada lah rasa lapar lagipun, dengan keadaan sekarang ini semuanya dah mahal. Kita kena bijak guna duit dengan berhemah. Paling tidak pun, kitaorang akan singgah minum dan beli makanan yang light-light je.

Bila makan di rumah sendiri lebih selesa dengan keadaan sekeliling. Yang mana ada anak-anak pun senang nak jaga. Apa yang paling penting, makanan yang kita makan itu terjamin 100% bersih dan sihat sebab kita masak sendiri untuk family kita. 😃

7 comments:

  1. yeah..i like...apa yg kita masak lagi terjamin untuk makan..

    ReplyDelete
  2. wahhh, bagusnya Nieyla.. Best makan kat rumah kan.. Kat luar jenuh jugak nak fikir nak makan kat mana..

    ReplyDelete
  3. Selalu terasa nak makan best, tapi bila makan best tetap rasa nak lagi makan best. Rupanya makan best tu adalah masakan mak.

    Takda masakan lain boleh challenge masakan mak kan? ;)

    ReplyDelete
  4. Yeahhh betul, tapi berbeza bagi Bonde selalu rindukan masakkan Mak, dulu masa arwah ada memang sentiasa makan dirumah, sekarang ni.. ikut masa, sering mengejar masa.. kalau tak ada aktiviti Bonde selalu masak sahaja dirumah.

    ReplyDelete
  5. aida setuju tu nieyl. terutama rumah mak.
    aida kalau nak balik kg, sure mak akan tanya dulu, nak makan apa?
    aduhai. pe pun mak masak, sure anak nyer nih makan dgn byk.
    termasuk lah cucunda nyer.
    kalau aida, kena tgk time.
    most of the time, nak keluar, makan dulu.
    ada time, reward anak-anak, makan luar.

    ReplyDelete
  6. Akak plak rindukan masakan mak akak..mak dah x boleh buat kerja sangat sekarang..so..mmg dia tak masak la..air tangan mak is the best so far...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)