13 September, 2018

Review : Silkygirl Moisture Balm Lipcolor

Setiap wanita paling tidak pun dalam handbeg mesti ada lipstik betul tak? Kalau yang tak suka make up tebal-tebal tu pun nieyl rasa korang mesti ada lipstik kan paling sikit pun satu. Dulu nieyl pun tak suka juga tapi bila dah start bekerja tu sikit banyak mesti nak calit sikit dekat muka ataupun bibir.

Baru-baru ni nieyl beli lipstik baru, tapi sekarang ni ramai orang suka pakai lipstik yang jenis Matte kan sebab lebih tahan lama dan kalau makan ke minum ke dia tak mudah tanggal dan sesuai juga kalau jenis kulit bibir yang kering.  Oklah jom nieyl review sikit lipstik yang nieyl baru beli tu ya.. Mana tahu korang berkenan juga nak beli satu.

Sekarang ni kalau nak beli apa sahaja produk kosmatik khususnya dinasihatkan pentingkan kualiti barang tersebut bukan semata-mata nak cantik sahaja ya. Sebab ada sesetengah barangan kosmatik ni dia tak serasi dengan kulit kita. Ss,be careful guys.. 


Kali ni nieyl terlebih teliti dalam memilih lipstik untuk bibir sebab bibir nieyl jenis yang kering so kena sentiasa basahkan termasuklah minum air masak dengan lebih kerap. Kalau dah kerap sangat minum air tu faham-faham je la kerap juga la ke toilet. hehehe.. Jadi masa window shopping dekat watsons tu, nieyl nampak lipstik silkygirl ni. Nama lipstik ni Moisture Balm Lipcolor.


Kalau korang tengok lipstik ini dia menggabungkan kelembapan bibir dengan warna gincu. Dilengkapi pelbagai vitamin A, C dan E untuk membantu menyuburkan dan melindungi bibir daripada sinaran UV yang berbahaya selain daripada itu juga lipstik ini mengandungi Macadamia Seed Oil dan Jojoba Oil . Dua minyak ini dari tumbuhan semula jadi dan memberi kelembapan pada bibir supaya sentiasa lembap. 

Sejujurnya nieyl memang jatuh cinta dengan Moisture Balm Lipcolor ni , sampaikan ramai yang tanya nieyl pakai lipstik apa sebab nampak lain dan sentiasa lembap. So,nieyl pun dah share di Instagram, Facebook dan Blog. Memang korang akan rasa sendiri kelembapan bibir bila pakai lipstik balm ni. 


Dari segi warna pula nieyl memilih warna yang sweet je, sebab nak pergi pejabat hari-hari kan tak nak nampak over sangat. Kenalah dengan kulit nieyl yang putih ni, sebenarnya kulit orang yang putih nie sesuai je pakai warna apa je. Cuma kena tengok tempat juga supaya orang tak nampak kita pelik sangat nanti kan. Code yang nieyl pilih adalah code 02 Peach.

Antara code lain yang ada ialah :-
  • 01 Raisin
  • 02 Peach
  • 03 Berry
  • 04 Mandarin
  • 05 Raspberry
  • 06 Cocoa
  • 07 Cherry
  • 08 Plum
Kalau korang nak beli, korang boleh cari di Watsons, Guardian dan yang mana ada brand silkygirl la. Harga pula jangan risau tak mahal dan mampu milik. Ingat!yang penting ianya dapat melindungi bibir kita dari kering dan hitam ya...



So, kalau nak bibir kita sentiasa lembap dan sihat, jangan lupa dapatkan lipstik balm ni okay dan sebelum terlupa, lipstik balm ni mudah di cuci dengan wet tissue, tak perlu nak tonyoh ataupun pakai minyak. Lap guna tisu biasa pun boleh tak ada masalah untuk solat nanti. Selamat Mencuba..💓💓









4 comments:

  1. jenis matte MN tak boleh pakai sebab bibir jenis kering walaupun dah scrub tetap kering sebab tu tak ada lipstik jenis matte

    ReplyDelete
  2. aida pun tak boleh pakai jenis matte.
    bibir kering semcm.
    tq nieyl. nanti nak gi cari & test.
    warna nye rpun cantik! bekenan aida.

    ReplyDelete
  3. nampak cantik je colour tu kat nieyl eh. boleh la nak tgk2 nnti

    Live Life to the Fullest!

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)