24 September, 2018

Resepi: Ayam Masak Black Paper Simple


Bila tiba masanya buntu nak masak apa, kita akan masak apa aje menggunakan bahan yang ada di dapur. Kali ini nieyl masak ayam masak black paper yang simple sahaja. Yang penting boleh di makan dan pastinya sedap..hehehe..Lain orang, lain caranya ya..


Bahan - bahan

Ayam dipotong kecil
Halia (di hiris)
Bawang Putih (di hiris)
Bawang Besar (potong 4)
Kacang panjang
Karot
Serbuk black paper
Serbuk lada sulah
Sos black Paper
Kicap manis
Air
Pati Ayam/Serbuk pati ayam

Cara-cara
  1. Goreng ayam bersama serbuk kunyit dan garam (setengah masak je)
  2. Gunakan sedikit minyak goreng ayam tapi untuk tumis halia dan bawang putih. Halia lagi banyak lagi sedap untuk buang angin dalam badan
  3. Kemudian, masukkan sos black paper ikut kuantiti ayam dan masukan air. Kalau nak banyak kuah,korang bubuh la lebih sikit
  4. Masukkan karot, kacang dan ayam untuk di gaul bersama.
  5. Masukkan serbuk black paper, serbuk lada sulah, kicap manis sikit dan pati ayam..
  6. Akhir sekali masukkan bawang yang potong 4 tu, kacau-kacau tutup api...
  7. Dan boleh hidangkan
* ada sesetengah orang letak tepung jagung nak kasi kuah pekat, so..nieyl tak letak sebab tak suka..




9 comments:

  1. ya Allah rindunya nak masak black pepper sedap mcm ni. Thank you sbb share recipe :D


    Live Life to the Fullest!

    ReplyDelete
  2. Awww sedapnya niely.. lama tak masak sedap2 sebab skrg tgh eatclean ni

    ReplyDelete
  3. resipi paling senang dan sedap untuk dimakan! :D

    ReplyDelete
  4. suka masak mcm ni. 1 lauk pun cukup dah..sbb semua ada..ada ayam/ daging plus sayur2..pedas2 pun ada & gravy. cukup dah.. tambah telur dadar..layannn!!

    ReplyDelete
  5. Laju2 scroll..akak kena diet sikit lagi ni..kang teringin plak...cheating jadinya nanti

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)