12 September, 2018

Cabaran 25 Hari Blogging : Resepi Ayam Masak Merah


Cabaran seterusnya adalah resepi, dalam blog nieyl ni pun adalah serba sedikit nieyl share resepi masakan nieyl yang biasa-biasa je. Tapi tak apalah, kali ini nieyl share resepi masakan yang nieyl baru je masak baru-baru ni. Setiap orang mempunyai cara masakan yang berbeza tapi rasa dia rasanya sama sahaja. 


Resepi Ayam Masak Merah

Bahan-bahan

Ayam 
Bawang Putih (di ketuk)
Bawang Besar ( dihiris)
Cili Kisar
Gula
Serbuk/ kiub pati ayam
Serai
Halia
Kayu Manis
Bunga Lawang
Sos Cili Kimballs
Cara-Caranya
  1. Ayam hendaklah di goreng setengah masak
  2. Panaskan kuali, masukkan sedikit minyak kemudian tumis bawang putih,halia,serai, kayu manis dan bunga lawang sehingga naik bau
  3. Masukkan cili kisar , tumis sehingga pecah minyak dan kemudian masukkan 2 sudu sos cili kimballs , gula , garam secukup rasa dan serbuk pati ayam
  4. Last sekali masukkan ayam yang telah di goreng tu dan bawang besar yang telah di hiris tadi
  5. Gaul rata dan boleh hidangkan untuk makan..

*Nieyl suka letak serai,bunga lawang dan kayu manis sebab nak rasa bau wangi.

Selamat mencuba semua ..



9 comments:

  1. Sedapnya. Kak Feni pun suka masukkan serai dan herba tu sebab aroma dia. Nyum3.

    ReplyDelete
  2. terus teringin nak makan maasak merah, harap harap lunch japg dapat la haha

    ReplyDelete
  3. harap terus istiqomah lah ya.. kalau MN ke laut kalau ikut macam nie hehhee

    ReplyDelete
  4. Ya Allah, lapa terus tengok entry ni.. ><

    ReplyDelete
  5. Sungguh menyelerakan Ayam masak merah tu.. terliur melihatnya

    ReplyDelete
  6. sedap nyer.
    ni di antara yg aida selalu masak jugak nieyl.
    umah aida dan sambal, berpisah tiada.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)