04 September, 2018

Kebaikan Tomato Untuk Kesihatan

Tahukah korang bahawa satu sajian sahaja yang mempunyai tomato boleh membekalkan korang  dengan khasiat yang banyak terutama kepada kesihatan.  Ia boleh mengurangkan risiko masalah jantung, malah juga berpotensi untuk mencegah beberapa masalah kesihatan dan penyakit, jika diamalkan setiap hari. Tomato pernah dirujuk sebagai “functional food,” iaitu makanan yang boleh membekalkan nutrisi-nutrisi asas, mencegah penyakit kronik dan membekalkan khasiat yang lain dan sesuai untuk korang yang nak berdiet.


Kebaikan Tomato Yang Perlu Tahu

1. Mengurangkan Risiko Masalah (Sakit) Jantung 
Menurut kajian yang dilakukan di Tufts dan Universiti Boston, America Syarikat menyatakan bahawa pengambilan lycopene (salah satu nutrisi tomato) boleh mengurangkan risiko masalah kardiovaskular dan masalah jantung sebanyak 30% 

2. Kaya Dengan VItamin Dan Mineral 
Tomato boleh membekalkan badan dengan vitamin dan mineral yang banyak seperti vitamin A, vitamin K, vitamin B1,B3,B5,B6,B7, vitamin C, folat, zat besi, potassium, magnesium, chromium, choline dan phosphorus. Sebab itu ianya sesuai untuk kita yang nak kulit licin dan cantik.Amalkan makan tomato ok.

3. Tomato Boleh Mengurangkan Kesan Buruk Merokok
tomato boleh mengurangkan kesan buruk yang disebabkan oleh asap rokok. Ia tidaklah merawat, namun boleh mengurangkan kesannya. Tomato mengandungi asid coumaric dan asid chlorogenic yang boleh melindungi badan daripada bahan yang karsinogen (bahan yang boleh menyebabkan kanser) yang dihasilkan oleh asap rokok.
4. Menambah Rasa Secara Semula Jadi 
Tomato boleh menambahkan rasa kedalam sajian makanan .Selain mudah untuk didapati, diproses dan ditambah dalam makanan, tomato memainkan peranan yang baik sebagai perasa yang berkhasiat. Selalu masak akan letak tomato dalam sajian..lebih sedap disamping mendapat khasiatnya yang bagus.

5. Banyak Kandungan Fitonutrien 
Jika dibandingkan dengan fitonutrien, hanya beberapa sahaja yang mempunyai kandungan yang setanding dengan tomato. Tomato mengandungi flavonones, flavonols, hydroxycinnamic acids, carotenoids dan glycosides. Kandungannya adalah lebih banyak jika dibandingkan dengan sayur-sayuran yang lain.

6. Memperbaiki Sistem Penghadaman Dan Elak Sembelit 
Ini salah satu untuk elakkan kita kena sembelit yang teruk. Tomato boleh membantu badan kita memperbaiki sistem penghadaman dan hati. Selain itu, mencegah daripada berlakunya sembelit, lebih-lebih lagi jika dicampurkan dengan bayam yang dikisar menjadi smoothy.

7. Kurangkan Bahaya Pengambilan Ubat Statin 
Ubat statin merupakan satu klasifikas ubat yang boleh mengurangkan tahap kolestrol badan dengan mengurangkan penghasilannya oleh hati, dengan menyekat tindak balas enzim. Pengambilan ubat ini ada implikasinya, antaranya adalah penyakit hati. Satu kajian telah membuktikan bahawa 60ml perahan tomato setiap hari sudah cukup untuk mengurangkan kesan ubat statin, sangat sesuai untuk mereka yang ada ambil ubat statin.

8. Mencegah Masalah Buah Pinggang dan Batu Karang 
Yang mana suka tahan buang air tu,elok amalkan makan tomato ni sebab Tomato boleh bertindak sebagai disinfektan untuk melindungi badan daripada cirit- birit dan mengelakkan berlakunya batu karang, dalam jangka masa panjang. Pada masa yang sama tomato boleh mengurangkan masalah dan risiko masalah saluran kencing.

9. Jaga Kesihatan Rambut
Amalan meminum jus tomato secara berkala boleh memperbaiki penampilan dan tesktur rambut. Manakala, kandungannya yang kaya dengan vitamin K membantu menguatkan akar rambut, menjadikannya lebih sihat hanya dengan mengamalkan jus tomato, jadi duit pun jimat tak perlu nak beli produk-produk untuk mendapatkan rambut yang lebih sihat.

10. Kulit yang Lebih Sihat
Sebahagian besar kandungan di dalam tomato boleh bertindak untuk kesihatan kulit dan mengelakkan daripada masalah kerosakan sel kulit. Kajian ada menyatakan bahawa amalan meminum 2 gelas jus tomato setiap hari boleh membantu memperbaiki penampilan kulit dalam jangka masa yang singkat.

11. Kesihatan Tulang 
Walaupun tomato tidak mengandungi kalsium, ia tidak menghalangnya menyumbang kepada kesihatan dan kekuatan tulang. Tomato boleh membantu dengan meningkatkan kadar ratio kalsium di dalam badan. Perkara ini berhasil dengan adanya kandungan antioksida yang tinggi di dalam tomato tersebut sesuai untuk mula di amalkan seawal umur 30-an.

12. Meningkatkan Sistem Imun Badan 
Pengambilan tomato setiap hari boleh meningkatkan kadar vitamin C di dalam darah, yang mana boleh mengawal kadar penghasilan hormon dan menguatkan sistem imun (daya tahan badan). Selain itu, meminum jus tomato juga boleh menenangkan diri dari pada masalah tekanan diri ataupun stress

13. Mengurangkan Risiko Darah Beku 
Jus tomato boleh membantu mengurangkan risiko darah beku di dalam badan. Gumpalan yang terlalu banyak dalam saluran darah boleh menyebabkan masalah ersumbat. Darah yang beku dan tersumbat boleh mengakibatkan masalah kesihatan yang besar jika tidak dirawat dengan cepat. Fitonutrien yang didapati di dalam tomato diyakini dapat mengurangkan masalah darah beku ini.

14. Mencepatkan Pembakaran Lemak 
Badan Tomato boleh meransang penghasilan satu jenis asid amino yang mana boleh mencepatkan kebolehan badan untuk membakar lemak sebanyak 30%, berdasarkan satu kajian.

15. Melindungi Mata dan Penglihatan 
Tomato mengandungi kandungan vitamin A, beta carotene dan lutein yang banyak, iaitu beberapa nutrisi yang membantu anda dalam menjaga kesihatan mata. Nutrisi tersebut juga terdapat di dalam lobak merah. Oleh itu, jika anda mengamalkan meminum jus tomato (ditambah dengan lobak merah), anda boleh harapkan penglihatan anda akan bertambah baik.

16. Menjauhkan Anda Daripada Strok 
Strok ataupun angin ahmar merupakan penyakit yang biasa di alami oleh rakyat Malaysia pada peringkat umur 50-an. Dan satu kajian dari Harvard mendapati bahawa diet yang mempunyai tomato boleh mengurangkan risiko strok.


17. Mengurangkan Risiko Kanser Payu Dara 
Risiko kanser payu dara boleh dikurangkan dengan pengambilan tomato di dalam diet secara berkala. Kenapa? Kerana nutrisi yang terdapat di dalam tomato seperti alpha-carotene, beta-carotene, lutein, zeaxanthin, lycopene, dan carotenoids di dapati boleh mengurangkan risiko kanser tersebut, menurut National Cancer Institute. Ini penyakit yang paling di takuti oleh golongan wanita, mari kita mencegahnya .


Semoga kebaikan tomato di atas dapat memberi sedikit sebanyak ilmu pengetahuan untuk kita amalkan demi kesihatan diri kita dan orang yang tersayang. Apa-apa pun tak salah untuk kita mencegahnya dari awal drpd kita kita berawat.. ♥

12 comments:

  1. Banyak betul kebaikan tomato tanpa kita sedar. Tapi Fiza pun suka mkn tomato.

    ReplyDelete
  2. biasa makan tomato yang dah di masak dengan lauk lain..ada jugak makan macam tu je...

    ReplyDelete
  3. Banyak khasiat tomato ni.
    Ada orang suka ratah mentah aje

    ReplyDelete
  4. banyaknya kebaikan makan tomato ni. patutlaaa mama sukan makan!

    Myra | www.myrabeautydiary.com

    ReplyDelete
  5. Lagu akak nak share..kalau stress sgt..penat sangat...amik tomato dalam fridge tu..make sure sejuk tau..hiris nipis2 sebiji tomato..tepek kat muka..seluruh muka sampai ke leher..sejuk dan slowly stress kita pergi jauh..benefits lain kita dapat..kulit awet muda..halus bak sutera...try laaaa

    ReplyDelete
  6. Banyak juga kelebihannya tu ye ..

    ReplyDelete
  7. tomato ni antara famili sayur yg wajib ada kat umah aida.
    sentiasa beli.
    goreng sayur, last letak tomato.
    buat kerabu maggi.
    masak maggi pun, last letak tomato.
    buat ulam.
    bakar tomato letak butter.
    best.

    ReplyDelete
  8. banyak khasiat tomato ni kann..kite pun suke jgk tomato ni...sama ada ulam or goreng dengan udang kering or udang frreshhhh..mmg terangkattt..hehehe

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)