Kalau nak minum susu semata-mata mungkin kena fikir banyak kali sebabnya lebih rela beli susu yang dah di campur dengan perisa lain. Dalam tahun ni juga rasanya Farm Fresh perkenalkan susu kurma, kawan-kawan selalu beli berbotol-botol. Nieyl pula baru nak merasa untuk botol yang pertama.
Apa yang nieyl boleh katakan ialah nieyl dah jatuh cinta la dengan susu kurma ni. Serius rasa dia sangat sedap. Rasa rugi pula beli sebotol je. Tak apa nanti boleh beli lagi buat stok.
Untuk pengetahuan korang, susu segar kurma ini tiada bahan pengawet, tiada perisa tambahan dan tiada pewarna. Selain itu, susu ini juga tiada pemanis ataupun gula tambahan, kalau rasa manis itu adalah asli dari kurma itu sendiri.
Susu segar kurma ini sesuai sangat untuk ibu yang mengandung dan ibu yang menyusukan anak untuk menambahkan kandungan susu badan. Harga sebotol dalam RM7.45 . Pesanan khas untuk korang, susu segar ini tahan 3 hari sahaja selepas dibuka penutupnya, so dalam masa 3 hari tu korang kena minum habiskan la..sebab dia akan jadi masam selepas 3 hari. Ini kerana ia tidak mengandungi bahan pengawet. Ianya ASLI Segar dari Ladang.
Patut pun laku susu kurma ni dipasaran, dahlah sedap,murah dan banyak khasiat yang boleh diperolehi selepas minum. Korang cuba la nanti..
selalu nampak kt giant tapi x pernah beli
ReplyDeleteDah lama dah susu kurma farm fresh ni. tahun 2015 atau 2016 camtu kot. hehe.
ReplyDeleteakk dulu lps bersalin dalam bulan Jun tahun 2016, minum susu ni utk boost breast milk.
tp lelama malas. sbb lagi sedap kalau beli fresh milk plain, then campur je dgn pati kurma. buleh ikut sukatan tahap manis kita nak. Heee :D
anak-anak aida suka ni.
ReplyDeletekalu ke mydin, sure beli 2-3 botol.
tapi aida, kurang suka. mcm sgt manis plak bagi aida, nieyl.
susu kurma ni kan bagus utk kita kan.
boleh la nak usha2 mana tau ada kat KK ni. tp serious x pernah nampak lagi.
ReplyDeleteLive Life to the Fullest!