16 January, 2024

Tuai Cili Api

 

Tuai Cili Api | Weekend biasanya nieyl dengan husband memang habiskan masa dekat rumah je sebab tak ada plan nak pergi mana-mana. Pagi ahad lepas tiba-tiba mood rajin husband sampai, dia pergi tuai cili api dekat pokok-pokok yang yanah nieyl tanam. Rasanya puluh juga la, sebab ayah nieyl dia suka tanam pokok cili cumanya kadang-kadang tak berapa rajin nak menuainya hehehe..

Tiga minggu lepas, abang nieyl dah tuai dah dapat banyak juga. Ahad lepas husband nieyl pula pergi petik siap bawa kerusi lagi, tak larat nak mencangkung katanya. Satu pokok tu banyak buahnya. Itupun husband nieyl tak larat nak habiskan semua, dia tinggalkan 10 pokok hahaha..

Inilah hasilnya, banyak tau jadi nieyl bahagi adik beradik sorang satu plastik dan rumah nieyl lebih sikit sebab mak nieyl suka guna cili api kalau masak. Ini kalau buat sambal hijau cicah dengan lempeng pun sedap tau. Ayah nieyl ni tangan dia sejuklah, tanam la apa pun mesti menjadi. Nieyl suka juga tapi suka tuai hasil je hehehe...



3 comments:

  1. ya Allah, puas hati banyak hasil nya

    ReplyDelete
  2. bestnya...cili padi ni kalau beli segenggam pun kadang-kadang dah 2-3 ringgit

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)